Tuesday, December 29, 2009

TAHNIAH ATAS KEJAYAAN PUTERI KESAYANGAN KAK LONG NUR AFIQAH





Kak Long Nur Afiqah Penuh Bergaya


Sudah beberapa hari saya tak buka blog ni, sibuk dengan tugas-tugas dan family, pertamanya nak ucapan TAHNIAH yang tak terhingga kepada anak kesayangan kami Kak Long Nur Afiqah dengan kejayaan yang CEMERLANG dalam PMR 2009 [8A 1C(Bhs Arab)], walaupun dapat dapat C bahasa Arab, abah dan Ummi sangat bersyukur kepada Allah SWT dengan kejayaan Kak Long dalam PMR 2009, semoga dengan kejayaan Kak Long ini menjadi pendorong dan semangat kepada adik-adik yang lain lebih-lebih lagi Abang Ngah dan Abang Chik yang akan menduduki pepriksaaan pada tahun 2010 nanti semoga kejayaan akan berterusan dalam keluarga in, AMIN YA RABBALALAMI.

Abah dan Ummi serta seluruh keluarga sangat berbangga dengan kejayaan Kak Long dalam PMR kali ini, kami semua sentiasa berdoa agar Kak Long Nur Afiqah akan terus mencapai kecemerlangan dimasa akan datang khususnya dalam peperiksaan SPM pada tahun 2011 nanti, teruskan usaha tanpa rasa jemu dan malas kejayaan akan sentiasa bersama Kak Long, ingat lah selalu pesanan Abah, sekali lagi Abah dan Ummi berbangga dengan kejayaan KAK LONG.

SEMOGA KAK LONG TERUS BERJAYA DIMASA-MASA AKAN DATANG.

Ibn Shari Al-Kelantani.
CIQ/29 Disember 2009

Tuesday, December 22, 2009

CUTI-CUTI MALAYSIA - BALIK KG DI KELANTAN DAN GANU

Semasa cuti kami sekelurga balik kampung di Ganu dan Kelantan, balik cuma dua minggu je, banyak tempat kena singgah, dua malam di Indra Mahkota [rumah kakak Ipar] dan balik ke Ganu, sempat bermalam di rumah abang ipar kat Tok Randuk, Ajil dan terus balik ke Pasir Mas, ayah sakit terpaksa tak singgah rumah tinggalan mertua di Tanggul, kami sempat singgah semasa perjalaan balik ke JB, sempat tidur semalaman.



Kakak Ipar dan Abang Ipar[saya punya beras] tinggal di Perumahan Bomba di Indra Mahkota,


Anak-anak bermain di Pantai Teluk Cempedak, Kuantan.



Semasa shoping di Rantau Panjang, sempat solat zohur di Masjid bercirikan Beijing, masjid yang pertama di didirikan di Negeri kelantan, bahkan di Malaysia, cantik Masjid, semasa shoping di pekan Rantau Panjang, barang2 nya tersangatlah mahal,beli juga barang untuk anak-anak sebagai kenangan.



Bersenam bersama anak-anak juga anak buah, program memenuhkan cuti yang panjang, nak hilang rasa boring dapat juga keluar peluh.


Sehari sebelum bertolak ke Johor kami suami isteri sempat ziarah rumah baru Ust Fadli di Batang Merbau, dia mengajar di Gombak, kawan kepada Azeman [adik] rumahnya baru sahaja siap, tinggal pagar je yang sedang dalam pembinaan, harga lebih kurang RM250 ribu, tanah mertua bagi satu ekar, bagus juga dapat mertua orang kaya ni dapat tanah luas.



Salah satu aktiviti yang ada di Masjid Kristal ialah kanak-kanak menghafaz al-Quran dalam masjid.



Anak-anak sedang berpoisng di luar Masjid Kristal.




Solat jamak dan Qasar Zohur dan Asar di Masjid Kristal.





Berjamu selera di Restaurant di Taman Tamaddun Islam, Kuala Terangan.

Ibnu Shari al-Kelantani.
CIQ/Jb.
21 Dis 2009.

Saturday, December 05, 2009

TUGASAN DALAM CUTI SEKOLAH PELAJAR TINGKATAN 2 SMKKSAB




Assalamualakum wrw,

Apa khabar pelajar tingkatan 2 Terbilang SMKKSAB 2009, sedang buat apa sekarang, cuti sekolah sudah masuk minggu yang ketiga, sebelum cuti persekolahan ustaz sudah arahkan supaya semua pelajar 2 Tblg sediakan soalan PAI PMR 2009, janji ustaz nak minta semua pelajar 2T jawab soalan tersebut.

Dikesempatan yang masih ada ini sebagai memenuhi masa cuti ini semua pelajar hendaklah menjawab soalan PAI PMR tersebut, ikut panduan di bawah:

i. Jawab semua soalan 1 hingga soalan 6,
ii. Guna teknik yang telah diterangkan oleh ustaz,
iii.Boleh tulis dengan tangan atau bertaip komputer,
iv. Salin kata kunci daripada soalan sebagai panduan menjawab,
v. Letakkan cover/kulit A4[warna putih je] dengan masukkan maklumat berikut:
-Nama sekolah,
-Tulis "JAWAPAN PAI PMR 2009,
-Nama pelajar,
-No kad pengenalan.
-Tingkatan.

vi. Hantar selewat-lewatnya pada hari khamis minggu pertama persekolahan 2010.

Selamat bercuti, teruskan kerja-kerja yang baik.




Ustaz Mokthar bin Shari,
Indra Mahkota, Kuantan Pahang.

Friday, December 04, 2009

IBADAH QURBAN CIQ KSAB



Masjid Abu Hurairah merupakan lambang kemegahan Penduduk KSAB, Gelang Patah, JB. banyak ana mendapat pengalaman yang sangat berharga yang ana tidak dapat di tempat yang lain. Itulah keunikan Masjid Abu Hurairah.

Pada tahun ini terdapat 4 ekor kambing dan dua ekor lembu diqurban di Masjid Abu Hurairah, KSAB. Diharapkan ditahun hadapan jumlah ini bertambah lagi, semoga rezki sahabat-sahabat yang menyertai ibadah Qurban bertambah rezeki pada masa akan datang.



Ahli Kariah Kompleks Sultan ABu Bakar datang menyaksikan majlis Ibadah Qurban yang telanh diadakan di Masjid Abu Hurairah.



Ustaz Mokthar Sedang menunggu untuk sebelih, apa ada gaya jadi tukang sembelih ke, acah-acaj je. semua orang ketepi, nanti kena sembelih.



Lembu sedang ikta untuk disembelih.


Petugas-petugas sedang mengikat kambing untuk diqurbankan, macam-macam cara ikatan digunakan, itulah masa sekolah tak nak masuk pengakap.


Ibadah Qurban dilakukan selepas solat hari raya, sebanyak 4 ekor ekor kambing diqurbankan.



Petugas Ibadah Qurban sedang melapah Kambing Qurban Masjid Abu Hurairah.

QUDWAH HASANAH

QUDWAH HASANAH: "QUDWAH"

Tuesday, November 24, 2009

SELAMAT MENDUDUKI PAPER 1223/ 1DAN 2 PENDIDIKAN ISLAM





Asalamualaikum wtw untuk pelajar tingkatan 5 sains dan 5 Iktisas 2009, selamat memduduki peperiksaan pendidikan Islam 1223 kertas 1 dan 2, semoga anda dapat menjawab dengan baik dalam peperiksaan semalam, ustaz sentiasa berdoa diatas kejayaan anda semua.

Buatlah yang terbaik demi masa depan kalian, andalah yang dapat mencorakkan hari yang mendatang, berusaha dan terus berusaha untuk mendapat kejayaan yang cemerlang.

SELAMAT MENDUDUKI PEPRIKSAAN DAN HARAPAN ANADA SEMUA BERJAYA DENGAN CEMERLANG.
ALLAH AKHBAR.

Ibn Shari al-Kelantani.
CIQ/KSAB/JB.

Sunday, November 22, 2009

IBADAH QURBAN SEBAGAI TANDA BERSYUKUR KEPADA ALLAH SWT


LEMBU QURBAN MASJID ABU HURAIRAH

Ibadah Qurban merupakan amalan yang sangat dituntut untuk dilaksanakan bagi kita umat Islam, ianya menjadi Sunat Mukadah bagi yang berkemampuan, sepatutnya kita yang bergaji setiap bulan ni diketegorikan sebagai orang yang berkemampuan kalau nak dibandingkan dengan orang kampung Rong Chenok yang 95% kerjanya menoreh getah yang masa tengkujuh ini dah mula bercuti, tapi mereka orang2 kampung sangat memberati tentang amalan berkorban sempena Eidul Adha ni, mereka sanggup berhutang demi melaksana dan menghayati pengorbanan yang telah ditunjukkan oleh Nabi Allah Ibrahim AS terhadap anaknya Nabi Ismail AS.

Harapan pengorbanan yang dilakukan oleh umat Islam ini diterima sebagai satu amalan ibadah dan diganjarkan pahla yang berlipat kali ganda.

Pada tahun ini ana tak balik kampung, walaupun ana dah beli seekor lembu untuk diorbankan bersama adik beradik yang di kampung, memikirkan keadaan di ciq yang pada tahun lepas sudah tak ada ibadah korban, jadi ana berkorban tak balik demi menguruskan ibadah kurban di ciq, ana waklikan kepada ayah ana untuk berkorban bagi pihak ana sekelurga di kampung.


Ana mengucapkan berbanyak ribuan terima kasih kepada ahli jemaah MAsjid ABu Hurairah yang menyertai Ibadah Qurban berpusat di masjid pada tahun ini. Ada dua ekor lembu dan seekor kambing yang akan dikorbankan di masjid, diharapkan masyarakat CIQ dapat menghadirikan diri untuk melihat Ibadah Korban dan menghayati pengorbanan yang telah ditunjukkan oleh Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail Alaihimassalam.

Salam Eidul Adha.
Ibn Shari al-Kelantani.
07.00 pagi
CIQ/KSAB/JB.

SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH HAJI




Pn Hjh Rosiah binti Ismail PK Hem

Selamat menunaikan Ibadah untuk sahabat-sahabat ku semua, buat Ust Hamzah senai, ust Asmadi SMK Tasek 2, Buat sahabat di Pasir Pekan Ust Abdullah [WAZO], Tuan Mahadi cikgu Azalina dan yang baru berangkat jam empat melalui Air Port Changi Singapura tadi En Hosne dan Pn Rosiah PK Hem SMKKSAB dan lain-lain sahabat yang ana tak sempat jumpa, doa ana semoga sahabat semua dapat melaksanakan perbuatan ibadah haji dengan sempurna dan baik, semoga mendapat HAJI MABRUR" Amin.

Pagi ana dah bangun jam 3.30 pagi dengan niat untuk menghantar En Hosne dan Pn Rosiah, tapi niat tak kesampaian, setelah turun ke bawah blok A, ana dapati kereta WAJA pn Rosiah dah tak ada di depan blok A, agak sedih juga pada mulanya, terkilan kerana tak ada ahli blok dan masjid Abu Hurairah yang menghantar En Hosne berdua, maaf banyak2, oleh kerana itu ana terus ke masjid Abu Hurairah untuk Qiyamulailli dan sempat solat sunat hajat dengan doa semoga Allah SWT memberi keselamatan/ diberi kesihatan kepada En Hosne dan Pn Rosiah berdua, selamat pergi dan pulang

SEMOGA SAHABAT-SAHABAT PARA HUJJAJ DIBERKATI ALLAH SWT DAN MENDAPAT HAJI YANG MABRUR, AMIN.
Ibn Shari al-Kelantani.
CIQ/JB0
6.30 pagi.

Saturday, November 14, 2009

SOLAT HAJAT PERDANA PMR DAN SPM 2009






Majlis Bacaan Yaasin dan Solat Hajat Perdana Calon PMR/SPM merupakan program tahunan yang menjadi program rutin tahunan SMKKSAB, saban tahun program ini dilaksanakan oleh Majlis Kegiatan Dakwah Islamiah, SMKKSAB.

Program ini dilaksanakan di Masjid Abu Hurairah,KSAB, bermula dengan bacaan zikir munajat mulai jam 6.45 ptg dan diikuti dengan solat sunat maghrib serta bacaan surah Yaasin, selepas solat Fardhu Isyak, solat Taubat dan solat Hajat dilakukan secara berjemaah yang disertai oleh semua calon PMR dan SPM serta ibubapa calon yang hadir.

Selepas solat hajat majlis ucapan daripada YDP PIBG iaitu En Muty bin Othman dan diikuti dengan amanat dan pesanan dari Tuan Pengetua Pn Hjh Habibah bt Dol. Pn Hjh Habibah dengan tidak jemu-jemu berpesan dan sampaikan amanat kepada calon PMR dan SPM supaya calon-calon sentiasa bersedia bagi menghadapi peperiksaan yang bakal pelajar ditempohi nanti.

Majlis ditutupkan dengan program "TITISAN KASIH" yang menyentuh hati ibubapa dan penjaga yang hadir, para ibubapa dikehendaki duduk bersama anak-anak masing bagi memberi pesanan dan amanat serta membaca doa untuk melembutkan hati iaitu doa Nabi Daud a.s, akhirnya ibubapa/penjaga menyuapkan beberapa biji kismis dan memberi minum air solat hajat kepada anak-anak masing.

Diharapkan program ini mendatangkan impak yang positif kepada diri pelajar dan juga ibubapa/penjaga yang hadir.



Di antara objektif program ialah:

OBJEKTIF :

i. Memohon kehadrat Ilahi diatas kejayaan murid dalam PMR/SPM.
ii. Menjalin hubungan silaturahim dikalangan guru-guru dan ibubapa/penjaga
murid PMR/SPM.
iii. Memberi keyakinan kepada murid-murid bagi menghadapi PMR/SPM/
iv. Membiasakan murid-murid dengan amalan membaca al-Quran dan solat-solat
sunat.


SASARAN

i. Calon-calon PMR dan SPM 2009.
ii. Ibubapa/penjaga
iii. Guru-guru SMKKSAB.

Ibn Shari al-Kelantani
CIQ/2009

Friday, November 13, 2009

لبيك اللهم لبيك, لبيك لا شريك كلبيك



السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Salam Ibadah Haji kepada semua Hujjaj yang bakal menunaikan ibadah haji pada tahun ini [1430H], bersyukurlah sahabat-sahabat dipanggil oleh Allah SWT untuk menunaikan ibadat haji dan dapat menyempurnakan rukun Islam yang ke-lima, doakan semoga ana suami isteri dapat peruntukan dari Tabung Haji bagi menunaikan Ibadah Haji secepat yang mungkin.

Sahabat para hujjaj, Ana nak mengambil kesempatan disini, supaya sahabat Hujjaj dapat menyampaikan salam ana kepada Junjungan Baginda Rasululllah SAW dan para sahabat juga tabi' yang telah banyak berjasa kepada agama Islam, doakan semoga ana dan isteri dapat berkhidmat di negeri ditahun akan datang.

Salam hujjaj,
ِAbu Izzuddin,
CIQ/KSAB/JB.

Tuesday, November 03, 2009

ANAK-ANAK MURIDKU YANG DIKASIHI





Buat anak muridku yang dikasih,


Tika dan saat ini kalian semua berhempas pulas dan bercekam mata mengulangkaji pelajaran tampa rasa pena dan jemu, setia dengan guru membimbing. Keadaan ini hendaklah dilakukan dengan rasa keikhlasan dan keinsafan, nun disana menara gading sedang menunggumu, kamu hanya perlu bersabar hanya sekita lagi, alam persekolahan menengah kamu akan tamatkan tidak beberapa hari lagi, kamu akan merasa lebih seronok sekiranya kaki kamu sudah berada di menara gading nanti, impikan sebuah kejaya untuk dihadiahkan kepada kedua ibubapa, guru, bangsa dan agama kamu.

SELAMAT MENDUDUK PEPERIKSAAN SPM, DOA SAYA SEMOGA KALIAN BERJAYA DENGAN CEMERLANG.

Monday, November 02, 2009

MEMUDAHKAN KERJA SAUDARA SEISLAM



Daripada Abu Hurairah r.a berkata bahawa rasulullah saw bersabda:
"Siapa yang memudahkan satu kesusahan dunia seorang muslim, Allah akan memudahkan satu kesusasahan pada hari kiamat. Dan barang siapa yan membantu seseorang dalam kesulitan, Allah mempermudahkan orang itu di dunia dan akhirat. Sesiapa yang menutup rahsia seoran Muslim, Allah akan menutup rahsianya di dunia dan akhirat. Allah sentiasa memberi pertolongan kepada hamba, selama hamba itu memberi pertolongan kepada saudaranya.

Hadis sahih di \rriwayatkan oleh imam Muslim.

Saturday, October 31, 2009

PROGRAM TAFAQUH ILMIAH 2


31 Okt 2009, Sabtu.
Saya telah mewakili panitia PI bersama ustazah Zuraihanan menghadiri program Tafaquh Imiah Siri 2 2009, Anjuran bersama Panitia PI Daerah Johor Bahru dan Jabatan Mufti Negeri Johor, program ini sangat baik untuk GPI dan J-QAF kerana tajuk yang dibentangkan sangat baik iaitu "Kearah Pemantapan Aqidah" yang disampaikan oleh Sahibul al-Fadilah Ustaz Hj Rashidy bin Jamil al-Hafiz, Pen pengarah Bhg Penyelidikan Unit Aqidah JAKIM.
Ceramah yang telah disampaikan banyak berkaitan dengan persoalan penyelewengan Ajaran Kristian terhadap pengikutnya, konsep Triniti, kelahiran semula Nabi Isa, Jesus disalib dan lain-lain lagi, ternyata kehadiran peserta pada hari ini tidak mengecewakan, kerana Ulamak muda dari negeri Ganu ini sangat mahir dalam bidang ini, dapat membentangkan penyelewengan ajaran kristian dengan membawa hujah dari buku bible dalam beberapa visi yang bercangah diantara satu sama lain.
Saya bercadang sekiranya Al-Fadhli Ust Rashidy datang ke Johor dilain masa pihak Masjid ABu Hurairah akan menjemput untuk menyampaikan ceramah di Masjid Abu Huraiarah, bagi memberi dan mendedahkan keadaan ini kepada masyarakat CIQ/KSAB.
Semoga hasrat ini akan tercapai, insyaallah. Amin.
12.00 tgh, Ahad.

Monday, August 24, 2009

PUASA MENJANA INSAN CEMERLANG


Sabda Rasulullah SAW, Dari Abdullah bin Umar R.Ahuma, Bahawa Rasululullah SAW telah bersabda: "Ibadah Puasa dan al-Quran memohon syufaat kepada Alah SWT pada hari Qiyamat bagi orang yang berbakti[yang selalu berpuasa dan banyak membaca al-Quran",

Berdasarkan hadis di atas, Kita sebagai umat Islam digalakkan sentiasa membaca al-Quran khususnya sepanjang Ramadhan al-Mubarak ini, Baginda nabi Muhammad SAW bertadarus bersama Malaikat Jibril sepanjang bulan Ramadhan. Oleh itu marilah umat Islam khususnya warga CIQ KSAB ahli qariah masjid ABu Hurairah bersama tadarus al-Quran sepanjang bulan Ramadhan ini, samaada turut serta bertadarus selepas solat sunat Tarawik atau bertadarus bersama keluarga di rumah masing, janganlah kita terlepas untuk mendapatkan fadilat membaca al-Quran yang sangat banyak yang dijanjikan oleh Allah SWT bagi merekan yang membaca al-Quran.

Saturday, August 22, 2009

RAMADHAN AL-MUBARAK BULAN YANG AGUNG



Nabi Muhammad SAW telah menyampaikan khutbah dihadapan sahabat baginada pada penghujung bulan syaaban yang menunjukkan keagungan bulan ramadhan. Khutbah yang dimaksudkan iala : "Wahai manusia! Telah datang kepada kamu bulan yang sangat agung dan penuh barakat, padanya terdapat satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan, bulan yang ALlah menjadikan puasanya satu kewajipan, mendirikan malamnya sebagai suatu yang sunat, Sesiapa yang berbuat kebaikan pada bulan tersebut seolah-olah ia telah menunaikan satu kewajipan yang lainnya, barang sesiapa yang menunaikan satu kewajipan seolah-olah dia telah menunaikan 70 amalan fardhu pada bulan yang lain, Ramadhan adalah syurga, ia juga merupakan bulan bantuan, ia adalah bulan rezeki orang mukmin akan bertambah, sesiapa yang memberi makan untuk seseorang berbuka puasa, sesungguhnay dia mendapat keampunan terhadap dosanya dan terselemat saripada azab api neraka dan dia mendapat ganjaran orang yang berpuasa tanpa ada kekurangan walau sedikit pun..... al hadis.

Ayuh lihatlah, bagaimana Rasulullah saw telah mengambarkan bulan ramadhan yang kita sedang naungi sekarang ini satu bulan yang sangat agung dan penuh dengan keberkatan, Menyembut yang agung mestilah dengan jiwa dan keimanan yang agung. Menyambut yang hebat tidak boleh dengan iman yang kerdil, kecintaan yang tipis dan hanya sekadar semahunnya sahaja.

Oleh itu marilah kita menyambut bulan yang agung ini dengan menjadikan diri kita ummah yang menpunyai kehebatan iman, dengan ertikata lain kita hendaklah mempertingkatkan ibadah kita ketahap yang sehebat mungkin, barulah sesuai dengan keagungan bulan ramadhan yang hebat ini.

SEMOGA RAMADHAN KALI INI AKAN MENAMBAHKAN KETAKWAAN KITA KEPADA ALLAH SWT. AMIN.

Wednesday, June 24, 2009

TANDA HATI SESEORANG ITU MATI


Tanda-tanda hati mati;
Menurut Syeikh Ibrahim Adham, antara sebab atau tanda-tanda hati mati ialah:1. Mengaku kenal Allah SWT, tetapi tidak menunaikan hak-hak-Nya.2. Mengaku cinta kepada Rasulullah s.a.w., tetapi mengabaikan sunnah baginda.3. Membaca al-Quran, tetapi tidak beramal dengan hukum-hukum di dalamnya.4. Memakan nikmat-nikmat Allah SWT, tetapi tidak mensyukuri atas pemberian-Nya.5. Mengaku syaitan itu musuh, tetapi tidak berjuang menentangnya.6. Mengaku adanya nikmat syurga, tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya.7. Mengaku adanya seksa neraka, tetapi tidak berusaha untuk menjauhinya.8. Mengaku kematian pasti tiba bagi setiap jiwa, tetapi masih tidak bersedia untuknya.9. Menyibukkan diri membuka keaiban orang lain, tetapi lupa akan keaiban diri sendiri.10. Menghantar dan menguburkan jenazah/mayat saudara se-Islam, tetapi tidak mengambil pengajaran daripadanya. Semoga dengan panduan yang di sampaikan itu akan dapat kita sama-sama mengambil iktibar semoga segala apa yang kita kerjakan akan diredai Allah SWT.Menurut Sheikh Ibni Athoillah Iskandari dalam kalam hikmahnya yang berikutnya;Sebahagian�daripada tanda mati hati itu ialah jika tidak merasa dukacita kerana tertinggal sesuatu amal perbuatan kebajikan juga tidak menyesal jika terjadi berbuat sesuatu pelanggaran dosa.Mati hati itu adalah kerana tiga perkara iaitu;* Hubbul dunia (kasihkan dunia)* Lalai daripada zikirullah (mengingati Allah)* Membanyakkan makan dan menjatuhkan�anggota badan kepada maksiat kepada Allah.Hidup hati itu kerana tiga perkara iaitu;*� Zuhud dengan dunia* Zikrullah*� Bergaul atau berkawan dengan aulia Allah. - lanh

Saturday, June 20, 2009

PERSIAPAN UNTUK KEMBALI KEPADA ALLAH SWT


PERSIAPAN UNTUK KEMBALI KEPADA ALLAH SWT.

i. Cinta hakiki kepada Allah SWT, ianya merupakan faktor utama untuk kembali kepada-Nyadengan segala kesedaran dan keinsapan sebagai hamba Allah yang serba kerdil.

ii. Cinta sejati terhadap Rasulullah SAW adalah faktor yang akan menjadi manusia itu lebih sempurna dari sudut akhlak, syahksiah, halatuju hidup manusia, kerana baginda rasulullah conth terbaik untuk diteladani.

iii. Sifat wara' dalam segenap tindakan dan pertuturan, perbuatan.

iv. Memperbaharui taubat dan memperbanyakkan istighfar.

v. Persiapan untuk menghadapi hari akhirat dan mengingati kematian.

vi. Mendekatkan diri kepada Allah dengan amalan-amalan yang disyariatkan oleh Allah.

vii. Berkawan dengan golongan-golongan yang salih.

Saturday, June 13, 2009

KPI muslim
Oleh Idris Musa idris@hmetro.com.my

ANDA seorang Muslim! Tetapi sejauh mana anda mengetahui diri anda adalah Muslim sejati, diredai Tuhan dan berada pada jalan yang lurus?

ANDA seorang Muslim! Tetapi sejauh mana anda mengetahui diri anda adalah Muslim sejati, diredai Tuhan dan berada pada jalan yang lurus?Pastikan ia memerlukan kepada penanda aras atau neraca untuk mengetahuinya.
Sama juga di sektor korporat, ada Petunjuk Prestasi Utama (KPI), iaitu mekanisme metrik untuk memberi markah sejauh mana ia mencapai sasaran dan kejayaan.Ia diamalkan di pelbagai sektor untuk menilai dan mengukur tahap kemajuan, kepemimpinan, perkhidmatan dan kepuasan dari segenap aspek, berdasarkan keutamaan dan garis panduan di setiap organisasi.Bagaimanapun, mengukur pencapaian organisasi tidak semudah mengukur diri sendiri, kerana ia terletak pada hati budi masing-masing.Penceramah bebas, Ahmad Shukri Yusof, berkata dalam mengukur tahap keislaman dan pengabdian diri konsep kita sebagai Muslim tidak boleh lari daripada tiga perkara utama iaitu Islam, iman dan ihsan. "Islam ialah yang membabitkan rukunnya kenalah mencukupi, seperti ibadat solat, haji dan zakat perlu ditunaikan dengan sempurna."Persoalan iman membabitkan enam perkara. Dalam ihsan, kita melakukan ibadat seolah-olah kita melihat Tuhan, jika tidak dapat melihat Tuhan, lakukanlah seolah-olah Tuhan melihat kita," katanya.Menurutnya, dalam Islam juga ada konsep muhasabah iaitu melihat kekurangan yang ada pada diri dan kesilapan dilakukan, memperbaikinya dan melakukan yang lebih baik pada masa depan. "Ramai orang berkata, muhasabah adalah membabitkan perkara yang sudah dilakukan, manakala perkara sebelum dan sedang dilakukan adalah tidak termasuk dalam muhasabah."Tetapi sebenarnya, kita kena lihat juga perkara yang belum dan sedang dilakukan, sama ada baik atau tidak, bahkan kesudahannya baik atau sebaliknya."Itulah neraca kita sebagai Muslim. Persoalan sama ada amalan yang dilakukan itu diterima atau tidak terserah kepada Allah," katanya.Mengenai amalan yang ikhlas, Imam Nawawi dalam keterangannya seperti dilaporkan dalam Hadith 40, berkata amal ada tiga bahagian, iaitu:* Amal yang dikerjakan kerana takut kepada Allah. Amal ini dinamakan ibadat hamba.* Amal yang dikerjakan kerana mendapatkan syurga dan pahala. Amal ini dinamakan ibadat saudagar.* Amal yang dikerjakan kerana malu kepada Allah dan dilaksanakan hak pengabdian, malah membuktikan kesyukuran serta merasakan diri sebagai seorang yang masih di dalam kecuaian dan kebimbangan yang penuh ketakutan kerana tidak tahu adakah amalnya diterima atau tidak. Amal ini dinamakan ibadat yang merdeka."Dan inilah rupa amal ibadat yang dimaksudkan Rasulullah sewaktu menjawab sungutan Aisyah yang berkata: Mengapakah Rasulullah bersusah payah berdiri solat waktu malam hingga bengkak-bengkak dua belah kakinya, sedangkan Allah sudah mengampunkan dosanya yang lalu dan yang akan datang! Rasulullah dalam jawapannya berkata: Tidakkah patut aku menjadi hamba yang bersyukur!"Ketiga-tiga bahagian amal ini yang dinamakan amal ibadat orang yang ikhlas dan perbezaannya terletak pada bahagian terbabit.Ahmad Shukri yang juga Perunding Motivasi Fitrah Power Resources berkata, neraca yang diguna pakai Islam adalah bersifat syumul, kerana bertunjangkan akidah dan wahyu Ilahi.Sementara neraca yang lain dari Islam menurutnya tidak sedemikian kerana lebih bersifat luaran dan material, malah ia mungkin baik dari satu sudut dan tidak pada sudut yang lain.Al-Syahid Sayyid Qutb dan Abul Ala Al-Maududi dalam Manhaj Hidup Muslim, berkata kayu ukur yang dipakai Allah dalam menilai kedudukan seseorang adalah apakah hidupnya, matinya, kesetiaannya, kepatuhan dan pengabdiannya."Seluruh hidup dan kerjanya ditujukan kepada Allah semata-mata, lalu ia dinilai sebagai seorang Mukmin dan Muslim. "Tetapi apabila semua itu diperuntukkan bagi yang lain, ia bukanlah Mukmin atau Muslim. Siapapun yang tidak memenuhi ciri ini bererti kurang imannya."Menurut Allah, satu-satunya hal yang dapat dinilai adalah apakah anda telah memberikan segala yang anda miliki pada jalan-Nya. "Bila anda telah melakukannya, anda akan memperoleh hak istimewa, diberikan kepada mereka yang setia kepada-Nya dan menerima hak pahala bagi pengabdian anda kepada-Nya."Tetapi bila anda mengecualikan apa pun juga dari pengabdian kepada-Nya, pengakuan anda sebagai seorang Muslim, yang bererti anda mengabdikan diri sepenuhnya kepada Allah adalah pengakuan palsu, hanya dapat mengabui mata dunia dan masyarakat Islam, tetapi tidak akan dapat menipu Allah."Sekiranya mekanisme KPI memandang penting kepada objektifnya, kehidupan seorang Muslim meletakkan sasaran bertemu Allah di akhirat."Maka sesiapa mengharapkan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah kerjakan amal soleh. Dan janganlah ia sekutukan seorang pun dalam beribadat kepada Tuhannya." (al-Kahfi: 110)

Friday, June 12, 2009

MENGAPA MUSLIM BIARKAN HATI MAT



Tazkirah Jumaat: Mengapa Muslim biarkan hati mati

Ustaz Zainudin Hashim Fri Apr 17, 09 10:07:12 am MYT


Hati adalah organ paling utama dalam tubuh manusia dan ia nikmat paling agung diberikan Allah. Hati menjadi tempat Allah membuat penilaian terhadap hamba-Nya. Pada hatilah letaknya niat seseorang.
Niat ikhlas itu akan diberi pahala. Hati perlu dijaga dan dipelihara dengan baik agar tidak rosak, sakit, buta, keras dan lebih-lebih lagi tidak mati. Sekiranya berlaku pada hati keadaan seperti ini, kesannya membabitkan seluruh anggota tubuh manusia. Akibatnya, akan lahir penyakit masyarakat berpunca daripada hati yang sudah rosak itu.
Justeru, hati menjadi amanah yang wajib dijaga sebagaimana kita diamanahkan menjaga mata, telinga, mulut, kaki, tangan dan sebagainya daripada berbuat dosa dan maksiat.
Hati yang hitam ialah hati yang menjadi gelap kerana bergelumang dengan dosa. Setiap dosa yang dilakukan tanpa bertaubat akan menyebabkan satu titik hitam pada hati. Itu baru satu dosa. Bayangkan bagaimana kalau 10 dosa? 100 dosa? 1,000 dosa? Alangkah hitam dan kotornya hati ketika itu.
Perkara ini jelas digambarkan melalui hadis Rasulullah yang bermaksud: "Sesiapa yang melakukan satu dosa, maka akan tumbuh pada hatinya setitik hitam, sekiranya dia bertaubat akan terkikislah titik hitam itu daripada hatinya. Jika dia tidak bertaubat maka titik hitam itu akan terus merebak hingga seluruh hatinya menjadi hitam." (Hadis riwayat Ibn Majah)
Hadis ini selari dengan firman Allah bermaksud: "Sebenarnya ayat-ayat Kami tidak ada cacatnya, bahkan mata hati mereka sudah diselaputi kotoran dosa dengan sebab perbuatan kufur dan maksiat yang mereka kerjakan." (Surah al-Muthaffifiin, ayat 14)
Hati yang kotor dan hitam akan menjadi keras. Apabila hati keras, kemanisan dan kelazatan beribadat tidak dapat dirasakan. Ia akan menjadi penghalang kepada masuknya nur iman dan ilmu. Belajar sebanyak mana pun ilmu yang bermanfaat atau ilmu yang boleh memandu kita, namun ilmu itu tidak masuk ke dalam hati, kalau pun kita faham, tidak ada daya dan kekuatan untuk mengamalkannya.
Dalam hal ini Allah berfirman yang bermaksud: "Kemudian selepas itu, hati kamu menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Pada hal antara batu-batu itu ada yang terpancar dan mengalir sungai daripadanya dan ada pula antaranya yang pecah-pecah terbelah lalu keluar mata air daripadanya. Dan ada juga antaranya yang jatuh ke bawah kerana takut kepada Allah sedang Allah tidak sekali-kali lalai daripada apa yang kamu kerjakan." (Surah al-Baqarah ayat 74)
Begitulah Allah mendatangkan contoh dan menerangkan batu yang keras itu pun ada kalanya boleh mengalirkan air dan boleh terpecah kerana amat takutkan Allah. Oleh itu, apakah hati manusia lebih keras daripada batu hingga tidak boleh menerima petunjuk dan hidayah daripada Allah. Perkara paling membimbangkan ialah apabila hati mati akan berlaku kemusnahan amat besar terhadap manusia. Matinya hati adalah bencana dan malapetaka besar yang bakal menghitamkan seluruh kehidupan. Inilah akibatnya apabila kita lalai dan cuai mengubati dan membersihkan hati. Kegagalan kita menghidupkan hati akan dipertanggungjawabkan Allah pada hari akhirat kelak. Kenapa hati mati? Hati mati disebabkan perkara berikut:
* Hati mati kerana tidak berfungsi mengikut perintah Allah iaitu tidak mengambil iktibar dan pengajaran daripada didikan dan ujian Allah.
Allah berfirman bermaksud: "Maka kecelakaan besarlah bagi orang yang keras membatu hatinya daripada menerima peringatan yang diberi oleh Allah. Mereka yang demikian keadaannya adalah dalam kesesatan yang nyata." (Surah al-Zumar ayat 22)
* Hati juga mati jika tidak diberikan makanan dan santapan rohani dengan sewajarnya. Kalau tubuh badan boleh mati kerana tuannya tidak makan dan tidak minum, begitu juga hati.
Apabila ia tidak diberikan santapan dan tidak diubati, ia bukan saja akan sakit dan buta, malah akan mati akhirnya. Santapan rohani yang dimaksudkan itu ialah zikrullah dan muhasabah diri.
Oleh itu, jaga dan peliharalah hati dengan sebaik-baiknya supaya tidak menjadi kotor, hitam, keras, sakit, buta dan mati. Gilap dan bersihkannya dengan cara banyak mengingati Allah (berzikir).
Firman Allah bermaksud: "Iaitu orang yang beriman dan tenteram hati mereka dengan mengingati Allah. Ketahuilah! Dengan mengingati Allah itu tenang tenteramlah hati manusia." (Surah al-Ra'd ayat 28)
Firman-Nya lagi bermaksud: "Hari yang padanya harta benda dan anak-anak tidak dapat memberikan sebarang pertolongan, kecuali harta benda dan anak-anak orang yang datang menghadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera daripada syirik dan munafik." (Surah al-Syura ayat 88-89)

Tanda-tanda hati mati;
Menurut Syeikh Ibrahim Adham, antara sebab atau tanda-tanda hati mati ialah:
1. Mengaku kenal Allah SWT, tetapi tidak menunaikan hak-hak-Nya.
2. Mengaku cinta kepada Rasulullah s.a.w., tetapi mengabaikan sunnah baginda.
3. Membaca al-Quran, tetapi tidak beramal dengan hukum-hukum di dalamnya.
4. Memakan nikmat-nikmat Allah SWT, tetapi tidak mensyukuri atas pemberian-Nya.
5. Mengaku syaitan itu musuh, tetapi tidak berjuang menentangnya.
6. Mengaku adanya nikmat syurga, tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya.
7. Mengaku adanya seksa neraka, tetapi tidak berusaha untuk menjauhinya.
8. Mengaku kematian pasti tiba bagi setiap jiwa, tetapi masih tidak bersedia untuknya.
9. Menyibukkan diri membuka keaiban orang lain, tetapi lupa akan keaiban diri sendiri.
10. Menghantar dan menguburkan jenazah/mayat saudara se-Islam, tetapi tidak mengambil pengajaran daripadanya. Semoga dengan panduan yang di sampaikan itu akan dapat kita sama-sama mengambil iktibar semoga segala apa yang kita kerjakan akan diredai Allah SWT.
Menurut Sheikh Ibni Athoillah Iskandari dalam kalam hikmahnya yang berikutnya;
Sebahagian�daripada tanda mati hati itu ialah jika tidak merasa dukacita kerana tertinggal sesuatu amal perbuatan kebajikan juga tidak menyesal jika terjadi berbuat sesuatu pelanggaran dosa.
Mati hati itu adalah kerana tiga perkara iaitu;
* Hubbul dunia (kasihkan dunia)
* Lalai daripada zikirullah (mengingati Allah)
* Membanyakkan makan dan menjatuhkan�anggota badan kepada maksiat kepada Allah.
Hidup hati itu kerana tiga perkara iaitu;
*� Zuhud dengan dunia
* Zikrullah
*� Bergaul atau berkawan dengan aulia Allah. - lanh

Wednesday, June 10, 2009

PERCUTIAN DI KL MAC 2009


Sempena cuti tahun baru cina yang lalu, kami sekelurga ke rumah abang ipar di Salak Tinggi Sepang, kami sempat berkunjung ke KLCC melihat pameran di Petro Sains dan jalan-jalan di KLCC, masa kami berkunjung beberapa tahun yang lepas tak sempat nak jalan-jalan kat KLCC, banyak pengalaman yang dapat di KLCC ni, ada yang positif dan amat banyak yang negatif yang kami nampak kat situ, tanggapan ini melihat kepada individu yang menilainya, banyak perkara yang melekakan di sini, sempat jumpa dengan Sulaiman[pak sepupu] saya yang kerja kat menara kembar ini, dah lama dia kerja kat sini, gitu juga isterinya, perkara yang tak boleh dilupakan ialah kereta abang ipar buat hal, masalah bateri, minta tolong sulaiman bawa bateri untuk hidupkan enjin keretanya, nasib baik juga petang tadi jumpa dia. hampir kul 8.30 pm lebih baru dapat keluar dari KLCC, sepatutnya kul 630 lagi dah mula keluar.. itu lah sedikit cerita percutian di KL.


Tuesday, June 09, 2009

DALAM KENANGAN JFR5353

JFR5353 banyak berjasa pada kami sekelurga, hampir 4 tahun kami menggunanya, walaupun saya membelinya secara secondhand dari kawan/jiran lama, tetapi kami snagat sayang pada JFR5353, oleh kerana usianya suda hampir 10 tahun yang memungkinkan banyak risiko sekiranya kami terus menggunanya, saya dan isteri membuat keputusan menukar dengan kereta baru, nak rasa juga kereta baru, nak balik bercuti sekali-sekala ke kampung yang jauh perjalanan 12 jam sangat memerlukan kenderaan yang baik dan menyakinkan demi menjaga keselamatan ahli keluarga yang tercinta. Selamat tinggal JFR5353, Semoga kamu mendapat tuan yang baik dan sentiasa menyayangi kamu.

INNOVA JLP304

Tanggal 9 mei 2009 sabtu, Bersama Innova baru JLP304 yang baru, inilah kenderaan yang saya beli dalam kertas [baru], sebelum ini asyik beli secondhand je, nak rasa juga kenderaan baru, anak-anak cukup gembira dengan JLP304 maklumlah kereta baru kata kan, semoga JLP304 menjadi kenderaan yang berkat dan sentiasa berada dalam perlindungan Allah SWT, dijauhi dari bala bencana, Amin...

Wahai Para Pemimpin : Lihat & Contohilah Pemerintahan
Umar Al-Khattab r.a
Pemimpin adil lagi beriman amat dirindui. Kita kerap kali menyebut berkenaan kehebatan Khalifah Umar bin Abd Aziz dalam pentadbirannya sebagai pemerintah, sehinggakan masarakat bukan Islam turut mengetahui berkenaannya serba sedikit lalu menjadikannya role model dalam ucapan-ucapannya, saya berharap agar ia bukan hanya terhenti setakat di dalam ucapan sahaja dalam tindakannya. Tidak dinafikan usaha ke arah itu dapat dilihat sedikit demi sedikit, tahniah.

Selain Umar Abd Aziz, kita juga adakalanya dapat membaca kehebatan pentadbiran Islam di bawah khalifah kedua Islam iaitu Umar Al-Khattab r.a. Dalam tulisan ringkas ini saya ingin berkongsi beberapa petikan kisah ketegasan Umar Al-Khattab semasa pemerintahannya termasuk semasa menerima laporan dari rakyat terhadap perilaku gabenor-gabenor yang dilantiknya; ia amat baik dijadikan panduan dan ingatan bagi para pimpinan pentadbiran korporat, kerajaan negeri dan pusat dan bagi mereka yang ingin mengambil pengajaran.
KISAH 1 : KHALIFAH UMAR r.a DAN SA'AD ABI WAQQAS r.a
[1]
Umar al-Khattab telah melantik Sa'ad Abi Waqqas r.a seorang sahabat besar Nabi s.a.w sebagai gabenor di Kufah, Iraq. Namun terdapat beberapa kumpulan munafiq yang amat benci kepada Sa'ad, lalu membuat aduan palsu kononnya Sa'ad r.a tidak adil dalam pembahagian dan tidak memimpin ketika peperangan. Sedangkan di ketika itu, kerajaan Islam sedang sibuk membuat persiapan untuk menuju ke Nahawand. Amat difahami kumpulan ini ingin mengganggu kelancaran perancngan kerajaan Islam.
Walaupun aduan ini sememangnya telah diketahui palsu oleh Umar Al-Khattab r.a tetapi beliau masih meraikannya secara SERTA MERTA dengan menghantar wakil penyiasat iaitu Muhammad Ibn Maslamah. Umar r.a seorang yang amat sensitif dan serius dengan segala laporan terhadap gabenor lantikannya. Tatkala proses siasatan terbuka dijalankan, semua wakil ketua yang berada di Kufah tidak tahu menahu berkenaan laporan ketidakladilan Sa'ad lalu semuanya mengkhabarkan kebaikan Sa'ad.
Tiba-tiba muncul Usamah Bin Qatadah mendakwa Sa'ad tidak adil dan tidak memimpin perang. Sa'ad menafikan dengan sumpah serta mendoakan buta mata, kurang zuriat dan terdedah kepada fitnah dunia bagi sesiapa yang menipu dan melontarkan fitnah ke atasnya. Hasil doa individu soleh seperti Sa'ad, kesemua kumpulan yang meinpu ini mati . Usamah pula menjadi buta, kurang zuriat dan ditimpa nafsu syahwat yang luar biasa.
Walaupun Sa'ad terbukti selepas itu tidak bersalah, demi mengelakkan perpecahan dan menjaga status Sa'ad bin Abi Qaqqas, Umar al-Khattab meminta Sa'ad untuk menamakan penggantinya, lalu dilantik ‘Abdullah bin Abdullah Bin ‘Utban yang merupakan timbalan kepada Sa'ad sebelum ini. Manakala Sa'ad di bawa ke Madinah bagi menyertai ahli Majlis Syura Khalifah di Madinah.
[2]
KISAH 2 : UMAR R.A DAN HARTA GABENOR DAN PEGAWAINYA
Umar al-Khattab begitu tegas dan ketat dalam urusan kewangan negara, beliau juga amat ketat dalam meneliti pendapatan dan harta setiap gabenor dan pegawainya. Setiap pegawai yang dilantik akan diminta melakukan deklarasi harta, dan peningkatan hartanya akan disemak dengan begitu kerap. Jika peningkatan berlaku, Umar r.a akan mengambil separuh untuk baitul Mal dan dalam beberapa keadaan Umar r.a mengambil semuanya.
[3] Selain itu, Umar r.a turt melakukan lawatan mengejut ke ruamh pegawainya bagi memastikan tiada pertambahan harta secara syubhah. [4]
Berikut beberapa kisah prihatinnya Umar r.a r.a :-
a- Gabenor kerajaan Islam di Mesir pada ketika itu adalah seorang sahabat bernama ‘Amr bin Al-‘As. Beliau dilaporkan membuat satu mimbar khas untuk dirinya di Mesir. Ini menyebabkan Umar al-Khattab menjadi marah lalu menghantar surat kepada ‘Amru yang menyebut
"Aku mendengar kamu telah membina satu mimbar agar boleh meninggikan dirimu dari umat Islam, adakah tidak cukup kamu berdiri dan mereka berada di kakimu, aku ingin kamu segera meruntuhkan mimbarmu"
[5]
b- Dalam satu keadaan lain, Sa'ad juga dilaporkan membina pagar di sekitar rumahnya ( di ketika itu amat jangkal rumah mempunyai pagar kecuali terlalu kaya), sehingga orang ramai menggelarkannya "ISTANA SA'AD". Dinyatakan bahawa Sa'ad membina agar itu kerana rumahnya berhampiran degan pasar dan amat bising, lalu dibinanya agar dapat menghalang sedikit kebisingan. Apabila berita sampai kepada Umar al-Khattab, beliau melihat mudarat pagar itu lebih besar dari manfaatnya, lalu dengan segera menghantar Muhammad bin Maslamah untuk membakar pagar tersebut.
[6]
c- Umar r.a telah melantik Mujasha' bin Mas'od untuk beberapa tugasan, dan kemudiannya mendapat laporan isteri Mujasha' bernama al-Khudayra kerap membeli perabot baru dan hiasan dinding. Lalu Umar r.a menghantar surat kepada Mujasha' agar mengoyakkan semua hiasan dinding. Mujasha' menerima surat itu ketika bersama orang ramai, lalu dengan segera beliau mengarahkan isteri keluar lalu diminta orang ramai masuk ke rumah dan membantu mengoyak dan menurunkan semua hiasan dinding baru yang dibeli isterinya
[7]. Sebenarnya, Umar r.a tahu ia dibeli dengan harta syubhah akibat jawatan Mujasha', kerana itu diarahkan sedemikian. Anda juga boleh melihat betapa kuatnya taat dan yakinnya para pegawai dengan keikhlasan dan kejujuran Umar r.a.
d- Umar r.a pernah melawat pegawai-pegawainya di Syria, dan kemudian Yazid Bin Abi Sufyan menjemputnya datang ke rumah, ketika Umar r.a memasuki rumah lalu dilihatnya penuh dengan hiasan dinding bergantungan. Umar r.a mula mengambilnya sambil berkata
"barang-barang ini boleh digunakan oleh rakyat jelata untuk melindungi diri mereka dari kesejukan dan panas"
[8]
e- Umar r.a juga pernah mengambil beberapa bahagian harta adik beradik gabenornya dan pegawainya apabila hasil penyelidikannya mendapati keraguan. Contohnya seperti beliau mengambil sebahgian dari harta Abu Bakrah. Namun Abu Bakrah cuba membantah dengan mengatakan
"aku tidak pernah berkhidmat denganmu (sebagai pegawai kerajaan)"
Umar r.a menjawab
"Ya benar, tetapi adikmu berkhidmat sebagai penyelia Baitul Mal, dan dia telah memberikan beberapa pinjaman kepadamu agar kamu boleh berniaga dengannya"
[9]
Kesimpulannya, semua tindakan Umar r.a ini tidaklah diambil secara sembrono, kisah ini hanyalah ringkasan sahaja, dan tindakan beliau semua bagi mengelakkan jawatan di jadikan PELUANG UNTUK MERAUT KEKAYAAN.
Ibn Taymiah mengulas beberapa tindakan Umar r.a tadi bagi membuang segala keraguan rakyat terhadap pendapatan para gabenor dan pegawainya, yang mungkin menjadi kebiasaan diberi hadiah oleh rakyat jelata disebabkan oleh jawatannya.
[10]
KISAH 3 : KHALIFAH UMAR r.a DAN DENDA ANAKNYA
Abd Rahman bin Umar Al-Khattab, salah seorang anak Umar al-Khattab berada di Mesir dan dilaporkan telah melakukan kesalahan dengan meminum arak. Beliau kemudiannya meminta Amru bin Al-‘As untuk melaksanakan hukuman ke atasnya.
Namun Amru al-‘as r.a merasa serba salah kerana ia adalah anak khlaifah lalu menjatuhkan hukuman secara sedikit berbeza iaitu mencukur kepalanya dan ia disebat secara tertutup di dalam rumahnya. Sepaptunya prosedur di ketika itu adalah hukuman minum arak mestilah dicukur dan disebat pada waktu yang sama di hadapan khalayak ramai.
Peristiwa ini bocor kepada Umar r.a lalu beliau menghantar surat yang antara lainnya menyebut :-
"engkau telah menyebat dan mencukur Abd Rahman di dalam rumahmu dan KAMU TAHU IA BERTENTANGAN DENGAN APA YANG AKU HARAPKAN (hukuman seperti orang lain), ...Abd Rahman adalah salah seorang warga di bawah tanggungjawabku (DI AKHIRAT), dan kamu beralasan dengan mengatakannya adalah anak Khalifah sedangkan kamu tahu aku TIDAK SESEKALI BERKOMPROMI dengan sesiapapun dalam melaksanakan amanah terhadap Allah swt"
[11]
KISAH 4 : KHALIFAH UMAR r.a DAN KHALID IBN WALID r.a
Khalid Ibn Waled, yang terkenal sebagai ‘pedang islam' dilucut jawatan sebanyak dua kali oleh Umar r.a al-Khattab, iaitu pada tahun 13 Hijrah sejurus selepas Umar r.a dilantik sebagai khalifah dan sekali lagi pada 17 Hijrah.
[12] Namun kedua-dua peristiwa ini bukan kerana Khalid tidak baik dan bermasalah, Namun ia adalah dari sebab berikut [13] :-
a- Menjaga keyakinan umat Islam terhadap Allah, ia jelas dari surat umum yang dihantar Umar r.a kepada umat Islam memberitahu agar mereka tidak terlalu ‘attached' dengan Khalid sehingga tersilap sangka kemenangan Islam disebabkan oleh kehandalan Khalid dan bukan kerana bantuan Allah swt.
b- Pentadbiran ; iaitu dalam urusan dan keputusan pembahagian harta.
c- Pentadbiran : Umar r.a inginkan keteletian dan laporan berterusan dari setiap pegawainya, namun Khalid inginkan pentabdiran yang bebeas dari penelitian sentiasa oleh Khalifah.
Di waktu Khalid dipecat dari jawatannya sebagai gabenor di Syria, belia berkata :-
"Amir al-Mukminin (Umar r.a) melantik aku sebagai gabenor dan setelah urusan menjadi licin dan lancer, beliau melucutkan jawatanku"
Lalu seorang lelaki berkata : "Sabarlah wahai ketua, ia waktu untuk bermulanya fitnah"
Kahlid membalas :
"selagi anak Al-Khattab ini hidup, selagi itu TIADA RUANG FITNAH untuk berlaku"
[14]
Demikian hormat dan keyakinan Khalid terhadap Umar r.a walau dalam keadaan beliau dilucutkan jawatan, amat difahaminya tindakan Umar r.a adalah untuk mengelak fitnah, bukan mencipta fitnah.
Di ketika Khalid r.a hampir wafat (beliau wafat pada 21 H), beliau berkata kepada Abu Darda r.a,
"Wahai Abu Darda, bila Umar r.a al-Khattab r.a wafat kelak, kamu akan dapati sesuatu yang kamu benci berlaku"
Dan berkata lagi sambil mengelap air matanya:
"Aku memang merasa sedikit kecewa dengan beliau dalam sesetengah isu, tetapi setelah aku fikrikan kembali berkenaannya di ketika aku sakit ini, aku menyedari bahawa Umar r.a Al-Khattab r.a melakukannya dengan ikhlas dan hanya mengharapkan rahmat Allah dari setiap tindakannya"
[15]
Khalid juga melantik Umar r.a sebagai waasi (pengurus harta pusakanya), ketika Umar r.a al-Khattab menrima surat wasiat itu, beliau turut menangis.
Cuba kita bayangkan ketegasan Umar al-Khattab r.a tersebut dan bagaimana tingginya taqwa beliau dan juga para sahabat yang bersamanya. Mengapa mereka tidak melenting akibat diambil sebahagian harta dan sebagainya?. Kerana Umar sendiri mengambil hartanya untuk umat Islam, dan beliau tidak makan daging sehingga semua orang miskin di bawah pentadbirannya makan terlebih dahulu.
Cuba pula kita membandingkan kehidupan para pemimpin di sekeliling kita hari ini. Bagaimana mereka jika berada di bawah pemerintahan Khalifah Umar al-Khattab r.a.. Sesungguhnya wahai Umar al-faruq kami merinduimu pemerintahanmu..
Sekian
Zaharuddin Abd Rahman
http://www.zaharuddin.net/
30 Jan 2009

PUNCA PERBUATAN MAKSIAT

PUNCA PERBUATAN MAKSIAT DAN KEPERLUAN BERSEGERA TAUBAT

Bukhari, Muslim, Tirmidzi, Nasai, Abu Daud, Ibnu Majah, Ahmad dan Al-Darimi telah meriwayatkan daripada Al-Nu'man Bin Basyir r.a. bahawa beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda:
"Perkara Yang halal adalah jelas dan perkara yang haram juga jelas, dan di antara keduanya terdapat perkara-perkara yang syubhat (samar), yang kebanyakan manusia tidak mengetahuinya. Sesiapa yang menghindari perkara-perkara yang syubhat(yang samar), maka ia telah membersihkan kehormatan dan agamanya, dan sesiapa yang jatuh pada perkara-perkara yang syubhat, maka ia pasti jatuh pada yang haram. Seperti pengembala yang mengembala di sekitar kawasan larangan, hampir-hampir ia memasukinya. Sesungguhnya setiap kerajaan mempunyai kawasan larangan. Ketahuilah bahawa di dalam jasad ada segumpal daging, yang jika ia elok maka eloklah seluruh jasad, dan jika ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah, bahawa ia adalah hati".
Imam Ahmad meriwayatkan daripada Abi Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda 194.
"Sesungguhnya aku diutus untuk menyempurnakan kebaikan akhlak".
Perkataan akhlaq dari segi bahasa bererti perangai, tabiat, adat, maruah dan agama. Adapun dari segi istilah, Ibnu Miskawaihi mentakrifkan khuluq sebagai sifat yang mantap di dalam jiwa yang mengajaknya kepada melakukan perbuatan tanpa berfikir.
Imam Ghazali195 pula mentakrifkannya sebagai satu bentuk atau keadaan (hai'ah) yang tetap atau melekat di dalam jiwa, yang daripadanya keluar perbuatan-perbuatan dengan mudah, tanpa berfikir. Apabila daripada hai'ah tersebut keluar perbuatan-perbuatan yang baik lagi terpuji, sama ada mengikut pandangan syara' atau akal, maka hai'ah tersebut disebut akhlaq yang baik. Tetapi apabila daripada hai'ah itu keluar perbuatan-perbuatan yang buruk, maka hai'ah tersebut disebut akhlaq yang buruk.
Sifat dalam jiwa dan kesannya pada anggota badan
Jadi akhlak mempunyai pengaruh yang berkesan ke atas Suluk atau tingkah-laku dan perbuatan-perbuatan yang keluar daripada manusia. Imam Ghazali menyatakan bahawa setiap sifat yang ada di dalam jiwa atau hati akan nampak kesannya pada anggota-anggota badan, sehingga anggota-anggota badan tersebut tidak bekerja melainkan mengikut sifat yang ada di dalam jiwa atau hati tersebut.
Dengan demikian, jelaslah bagi kita bahawa punca daripada segala perbuatan manusia, sama ada yang baik atau pun yang buruk, sama ada berupa kebajikan ataupun ma'siat, pahala atau dosa, adalah datang daripada sifat-sifat yang ada di dalam jiwanya.
Imam Ghazali berkata bahawa manusia mempunyai sifat-sifat yang banyak, tetapi yang menjadi punca perbuatan ma'siat atau dosa ada empat sifat, iaitu: sifat rububiyah (ketuhanan), sifat syaitaniyah (kesyaitanan), sifat bahimiyah (kebinatangan), dan sifat sabu'iyah(kebuasan). Hal yang sedemikian disebabkan kerana perwatakan manusia diadun daripada campuran yang bermacam-macam.
Setiap satu daripada campuran dalam adunan tersebut mempunyai kesannya.

Pertama: Dari kumpulan sifat-sifat rububiyah muncullah sekumpulan daripada dosa-dosa besar, seperti riya', sukakan pujian, takabbur, cintakan kedudukan, kepimpinan dan pengaruh, suka memaksa, sukakan kekayaan, menghinakan atau merendahkan orang lain dan lain-lain seumpamanya.
Abu Daud, Ibnu Majah, dan Imam Ahmad meriwayatkan daripada Abi Hurairah r.a. bahawa Rasullah SAW bersabda:
"Allah Azza Wa Jalla berfirman: Kesombongan itu adalah pakaianKu, dan kebesaran itu adalah selendangKu. Barangsiapa yang menyaingi Aku pada salah satu daripada keduanya, nescaya Aku lemparkan dia ke dalam neraka".
Muslim, Tirmizi, Abu Daud, Ibnu Majah dan Ahmad meriwayatkan daripada Abdullah bin Mas'ud r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda.
"Tidak akan masuk Syurga sesiapa yang di dalam hatinya terdapat sebesar zarah daripada kesombongan".
Kedua: Dari sifat-sifat syaitaniyah muncul sifat dengki,zalim, muslihat, tipu, mengajak kepada kerosakan dan kemungkaran, hipokrit, menyeru kepada bid'ah dan kesesatan, dan seumpamanya.
Ketiga: Dari sifat-sifat bahimiyah muncul sifat tamak, rakus, garang, gemar memuaskan syahwat, yang muncul daripada zina, liwat(homosek), mencuri, memakan harta anak yatim dan lain-lain seumpamanya.
Keempat: Dari sifat-sifat sabu'iyah (buas) muncul sifat marah, dendam, menceroboh, bergaduh, memaki, membunuh dan memusnahkan harta.
Kemunculan sifat-sifat ini adalah secara beransur-ansur.Mula-mula yang dominan adalah sifat bahimiyah, kemudian sifat sabu'iyah. Apabila berkumpul kedua sifat tersebut, mulailah keduanya memanipulasikan akal dalam menipu, membuat helah, yang merupakan sifat-sifat syaitaniyah.Kemudian, yang terakhir dominan ialah sifat-sifat rububiyah, iaitu sifat megah, bongkak, suka meninggi diri, suka dipuji, gila kuasa, gila pangkat dan seumpamanya.
Inilah punca utama yang menjadi sumber perbuatan dosa, yang daripadanya mengalir ke anggota-anggota badan, sebahagiannya ke dalam hati khususnya, seperti kufur,nifaq,menyembunyikan kejahatan, sebahagiannya ke perut dan kemaluan, sebahagiannya ke tangan dan kaki, dan sebahagiannya ke seluruh badan.
Dosa-dosa ini terbahagi kepada dosa antara hamba dengan Allah SWT, seperti meninggalkan solat, puasa dan kewajiban-kewajiban khusus, dan dosa yang berkaitan dengan hak-hak manusia, seperti tidak membayar zakat, membunuh,merampas harta, memaki, dan lain-lain. Kemudian ia juga terbahagi kepada dosa-dosa besar dan dosa-dosa kecil, yang mengenainya terdapat perbezaan pandangan yang terlalu banyak untuk dihuraikan disini.
Hanya sebagai panduan, dikemukakan beberapa perkara untuk dijadikan pegangan:
Pertama: Dosa kecil menjadi besar kerana beberapa sebab, di antaranya ialah jika dilakukan secara berterusan dan tidak ada azam untuk meninggalkannya. Oleh sebab itu, ada yang mengatakan:
"Tidak ada dosa kecil bersama adanya azam untuk terus melakukan, dan tidak ada dosa besar bersama adanya permohonan meminta keampunan".
Perbuatan dosa besar yang dilakukan sekali dan tidak diulangi, harapan untuk memperoleh keampunan terhadapnya lebih besar daripada dosa kecil yang dilakukan secara berterusan.
Kedua: Perbuatan dosa menjadi besar jika dianggap kecil, tetapi, sebaliknya, jika dianggap besar, maka ia menjadi kecil di sisi Allah SWT, kerana anggapan besar itu timbul daripada kebencian dan berpalingnya hati daripadanya.
Sebahagian ulama berkata: Jika seseorang melihat kebesaran Tuhan yang ia menderhaka dengan melakukannya, maka ia akan memandang dosa kecil menjadi besar, dan bukan sebaliknya.
Ketiga: Dosa kecil menjadi besar dengan disertai perasaan gembira dan bermegah dengannya.
Keempat: Dosa kecil menjadi besar dengan menganggap ringan keampunan Allah terhadap perbuatannya, tertipu diri kerana menyangka kebolehannya untuk terus melakukan perbuatannya itu disebabkan pemeliharaan Allah terhadapnya dan merasa aman daripada azabNya.
Kelima: Dosa kecil menjadi besar dengan dizahirkan, seperti mengatakannya kepada orang lain setelah melakukannya, atau sengaja melakukannya di hadapan orang lain.
Keenam: Dosa kecil menjadi besar apabila dilakukan oleh orang yang berilmu dan diikuti oleh masyarakat. Oleh sebab itu, seorang ulama berkewajipan menjauhi dosa, dan menyembunyikannya jika terlajak melakukannya.
Hukum dan keutamaan taubat
Bertaubat hukumnya adalah wajib dengan segera dan diberi pahala, kerana ia adalah perkara yang diperintah.
Di dalam surah Al-Nur: 31, Allah SWT berfirman:
"Wahai orang-orang yang beriman bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, mudah-mudahan kamu beruntung".
Di dalam surah Al-Tahrim: 8, Allah SWT berfirman:
"Wahai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kamu kepada Allah dengan "taubat nasuha", mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapus kesalahan-kesalahanmu dan memasukkan kamu ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, pada hari ketika Allah tidak akan menghinakan Nabi dan orang-orang yang beriman bersama-sama dengannya; cahaya (iman dan amal salih) mereka, bergerak cepat di hadapan mereka dan disebelah kanan mereka (semasa mereka berjalan); mereka berkata: Wahai Tuhan kami, sempurnakanlah bagi kami cahaya kami, dan limpahkanlah keampunan kepada kami, sesungguhnya Engkau Maha Kuasa ke atas segala sesuatu".
Dalam ayat di atas disebut perkataan 'taubatannasuha'.
Qatadah berkata: Al-nasuh al-sadiqah, al-nasihah, maksudnya adalah yang benar. Ada juga yang mengatakan bahawa al-nasuh ertinya al-khalisah, bererti yang ikhlas, atau yang murni.
Al-Farra' berkata: Nasuha daripada sifat taubat; maknanya taubat yang menasihati pelakunya untuk tidak kembali kepada perbuatan yang ia bertaubat daripadanya. Al-Kilabi r.a. berkata: Al-tawbah al-nasuh: penyesalan dengan hati, istighfar (minta ampunan) dengan lidah, meninggalkan dosa (dengan badan), dan bertekad untuk tidak kembali(kepada dosa yang dilakukan).
Said bin Jubair r.a. berkata: Al-tawbah al-nasuh ialah taubat yang diterima, dan tidak diterima taubat selama belum terpenuhi tiga syarat: perasaan takut tidak diterima taubat selama belum terpenuhi tiga syarat: perasaan takut tidak diterima, mengharap agar diterima dan istiqamah dalam ketaatan.
Bukhari, Muslim, Tirmizi, Ibnu Majah dan Ahmad meriwayatkan daripada Abi Hurairah, Nu'man bin Basyir, Abdullah bin Mas'ud dan Anas bin Malik r.a. bahawa Nabi SAW bersabda:
"Sesungguhnya Allah lebih gembira dengan taubat seseorang daripada kamu daripada seorang lelaki yang berada di tanah lapang yang sunyi, yang berbahaya, bersamanya untanya yang di atasnya perbekalan, makanan, minuman, dan segala keperluannya. Kemudian untanya hilang, maka iapun keluar mencarinya, sehingga apabila ia (berputus asa) dan merasa akan mati, maka ia berkata: Aku akan kembali ke tempat di mana aku kehilangan untaku supaya aku mati di sana. Kemudian iapun kembali ke tempatnya, maka matanya dikalahkan oleh rasa mengantuk dan iapun tertidur, kemudian ia bangun dan tiba-tiba ia jumpai untanya berada di hadapannya di atasnya makanan, minuman dan segala yang diperlukannya".
Petikan dari kitab; "Perjalanan Rabani: Merentas alam dunia, barzakh dan akhirat".
Disediakan oleh : Ust Mokthar bin Shari/CIQ.

BAHAN ILMIAH

BALA ATAU,MUHASABAH SALAM HIDUP MUKMIN

Firman Allah swt dalam surah al-Syura ayat 30 maksudnya : Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (dari perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa); dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu.Jika diperhatikan ayat di atas dengan cermat kita secara jujur akan dapat menangkap pesan-pesan moral ilahi dengan kesedaran bahawa Tuhan menimpakan azab dengan tujuan mengingatkan hambaNya yang selalu lalai.Hakikatnya musibah yang berlaku ini begitu sulit untuk dihapuskan dari memori kolektif, bukan sahaja oleh penduduk di Palestin yang diserang zionis, tetapi oleh kita semua. Kesan serangan ini terlalu dahsyat hingga infrastruktur di negeri-negeri terlibat menjadi lumpuh.Trauma serangan yang berlaku belum selesai, tiba-tiba ia berterusan dengan lebih teruk berganda lebih dari yang dijangkakan.Musibah, tentunya berbeza dari azab.Dalam perspektif Islam, musibah merupakan satu bentuk perkara yang menimpa bertujuan menilai kesabaran dan kekuatan mental umat Islam.Perkara ini jelas dinyatakan Allah menerusi firmanNya dalam suarah al-Baqarah ayat 155, maksudnya : " Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar:Selain itu musibah juga berlaku bertujuan menampakkan rahmatNya kepada makhluk yang bernama manusia agar tidak melupakan kehambaannya dan tidak menyombongkan diri.FirmanNya dalam surah al-Hadid ayat 22-23 yang bermaksud : Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi, dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya; sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kamu diberitahu tentang itu) supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput daripada kamu, dan tidak pula bergembira (secara sombong dan bangga) dengan apa yang diberikan kepada kamu. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri.Azab pula adalah satu hukuman terhadap mereka yang tidak mensyukuri nikmat Allah dan mengengkarinya.FirmanNya dalam surah Ibrahim ayat ke 7 , maksudnya : Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras".Istilah azab atau laknat khusus diturunkan buat golongan yang derhaka terhadap perintah Allah, seperti azab yang menimpa kaum Nabi Nuh contohnya.Firman Allah swt dalam surah Yunus ayat 73-74 : Mereka tetap juga mendustakan Nabi Nuh, lalu Kami selamatkan dia bersama-sama pengikut-pengikutnya yang beriman di dalam bahtera, dan kami jadikan mereka pengganti-pengganti (yang memakmurkan bumi) serta Kami tenggelamkan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami (dengan banjir dan taufan sehingga punah-ranah semuanya). Maka lihatlah bagaimana kesudahan orang-orang (yang mendustakan ayat-ayat kami) setelah diberi amaran. Kemudian Kami utuskan sesudah Nabi Nuh, beberapa orang Rasul kepada kaum masing-masing; lalu Rasul-rasul itu datang kepada kaum mereka dengan membawa keterangan-keterangan yang nyata; dalam pada itu kaum mereka tetap juga tidak mahu beriman kepada apa yang mereka telah mendustakannya sebelum itu. Demikianlah, Kami meteraikan atas hati orang-orang yang melampaui batas.Setelah mengetahui perbezaan antara kedua terminology al-Quran ini , tibalah kita di satu persimpangan yang penting untuk membuat satu muhasabah diri, apakah perkara yang berlaku merupakan satu musibah yang mengandungi di sebaliknya kasih sayang Allah buat kita ataupun sebaliknya satu azab yang diturunkan kepada orang yang tidak mengerti erti syukur kepadaNya.Bagi orang-orang yang beriman, musibah yang menimpa dihadapi dengan tabah, menyemarakkan lagi semangat kasih sayang terhadap Tuhannya, menghayati wasiat Nabi yang mulia maksudnya : " Pelik sikap orang yang beriman, apabila ditimpa atasnya satu nikmat dia bersyukur, maka baginya pahala, demikian pula sebaliknya apabila ditimpa azab, maka dia bersabar, maka baginya pahala, dan tiadalah sikap begitu pada orang selain mereka".Natijah daripada berfikiran positif inilah keimanan meningkat kepada kualiti yang lebih berbanding sebelumnya.Jika dilihat dengan pandangan yang lebih mendalam berteraskan 'Ainil Basirah kepada bencana yang menimpa negara di tempat yang kebanyakannya dihuni oleh umat Islam, kita mampu membuat kesimpulan bahawa ianya merupakan ujian untuk mempertingkatkan kualiti hidup umat Islam itu sendiri.Harus disedar bahawa dalam reality hidup bahawa kesusahan merupakan sunnatulLah yang akan menympurnakan warna warni corak kehidupan.SunntaulLah dalah suatu kanun yang tetap berlaku secara istiqamah selama kita berada di alam dunia.Firman Allah dalam surah al-Rum ayat 30 , maksudnya : tidaklah patut ada sebarang perubahan pada ciptaan Allah itu; itulah ugama yang betul lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.Rela atau tidak , pastinya manusia akan diuji sebagaimana yang dijelaskan dalam surah al-Baqarah ayat ke 155 : Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar.Pada dasarnya manusia tidak gemar kesusahan.Apatah lagi jika kesukaran itu diiringi dengan kepedihan kehilangan, kematian dan janji-janji kosong.Namun demikian, jika dikaji secara mendalam , di sebalik pengalaman-pengalaman pahit yang dilalui sebenarnya tersirat hikmat yang cukup luarbiasa daripadaNya.Kesulitan akan menyebabkan terhasilnya pengetahuan, kerana ia menjadi pengalaman yang cukup berharga untuk menghadapai hari depan dengan lebih kuat dan kraetif.Mengahdapi ujian ini, muslim perlu memperlengkapkan dirinya dengan petua-petua berikut:Pertama : Hendaklah berbaik sangka dengan Allah yang telah mentakdirkan ujian yang berlaku.Hakikatnya semua orang akan melihat sudut yang negative tentang apa yang berlaku, sedangkan terdapat banyak perkara yang positif di sebaliknya.Hanya orang yang bijak dan sabar sahaja yang akan memperolehi perkara-perkara positif di sebaliknya.Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 216 maksudnya : "dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.Barangkali tepat untuk dikemukakan bandingan yang diberikan oleh Muhammad al-Ghazali : " Jika anda diberi segelas air jeruk yang masam, janganlah dibuang tapi tambahlah gula padanya!Kedua, muslim hendaklah meneruskan kehidupan seperti biasa, meneruskan agenda hidup dengan keceriaan dan bahagia.Benar kata-kata mereka : " Life has to carry on".Kita tidak sepatutnya berlarutan dalam duka.Lakukan latihan-latihan yang dapat meneruskan kesinambungan hidup secara-konsisten.Ketiga, hadapilah ujian dengan objektif tanpa panic dan bayangkan suasana yang lebih baik yang pasti akan berlaku selepas ini.Firman Allah swt dalam surah al-Syarh ayat ke 5-6 maksudnya : Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, (Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.Ke empat pelihara iman kerana ia merupakan energi hidup.Teruskan kesinambungan hidup dengan membersihkan hati agar menyinar nur keimanan dalm diri buat bekalan menghadapi kesusahan dengan semangat dan ketabahan.Orang yang sengsara bukanlah orang yang kehilangan harta benda tetapi orang yang terkikis dan terhakis imannya dek kegagalan menghadapi kepayahan yang sementara, sanggup memperdagangkan iman kerana mengelakkan kerugian harta.Dan wasiat terakhir, hadapilah hari-hari ini dengan memperbanyakkan munajat dan berdoa kepada Allah.Antara doa yang menjadi amalan salaf yang dianjurkan oleh Nabi apabila mengahdapi kesusahan dan kesedihan ialah dengan berdoa : “Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hambaMu, anak hambaMu (lelaki) dan anak hambaMu (perempuan) . Ubun-ubunku dalam gengamanMu, hukumanMu berlalu kepadaku, Qada’ ( keputusan ) Mu kepadaku adalah adil, aku mohon kepadamu dengan setiap nama yang telah engkau berikan untuk diriMu, atau yang Engkau turunkan dalam kitabMu, atau yang Engkau ajarkan kepada seseorang dari makhlukMu atau yang engkau simpankan dalam perbendaharan ghaib dari ilmuMu, agar Engkau jadikan al-Quran sebagai penyejuk hatiku , cahaya dadaku, pelenyap dukaku dan penghilang kesedihanku”.( HR Ahmad dan Ibn Hibban, dianggap sahih oleh al-Albani dalam silsilah al-Ahadith al-Sahihah ) .Semuga setiap muslim dikurniakn Allah sifat kekuatan oleh Allah mengadapi musibah dalam apa bentuknya sekalipun dnegan keimanan dan ketenangan.

Disediakan Oleh :
Mokthar/ciq09

MANDI DI AIR TERJUN BELUKAR BUKIT HULU TERENGGANU

Pada hari isnin 8 jun kami sekelurga bersama abang ipar mandi air terjun di HutanLipur Belukar Bukit Hulu Terengganu, anak-anak sangat seronok dapat mandi air yang bersih dan sangat sejuk, mulanya nak ke skayu tetapi atas cadangan beberapa orang yang kami temui merek cadangkan ke belukar bukit je, orang tak ramai dan air dan tempatnya cantik, kaya dengan sumber asli, ternyata apa yang dceritakan itu betul, kami teruja bila dapat mandi, sedar tak sedar kami sudah mandi selama 3 jam, semua puas dapat mandi dan penat pu tak terasa, masing-masing menyatakan nak datang lagi dimasa akan datang, tapi entau bila dapat datang... kerja, kerja, cuti bulan disember biasanya hujan, tengoklah nanti, bila ada masa kita datang lagi.



PERCUTIAN DI KELATE DAN GANU

Salam dan Selamat Sejahtera, bersempena cuti sekolah yg bermula 28 jun ini saya sekeluarga balik bercuti di kel dan ganu, sepanjang cuti ini saya sempat bertandang ke majlis perkahwinan dua orang saudara saudara, satu sebelah saya di kel dan satu lagi dari sebelah isteri saya di Felda Jeranggau Barat. seronak dapat jumpa kaum kerabat, dapat berkenalan dan menyambung silatu rahim, anak-anak juga dapat mengetahui dan kenal saudara mara mereka, itulah ada orang-orang melayu, bila nak melangsungkan perkahwinan anak-anak mereka akan menjemput kaum keluarga dan sahabat handai datang meraikan majlis perkahwinan anak mereka, yang risaunya ialah sang lembu le, kena ditumbangkan kerana nak buat jamuan orang yang hadir, rasanya dah seminggu ini badan saya semakin berisi je, asik makan je, kepala pun semacam je, sakit kepada dah beberapa kali, ni kena check bila balik Johor nanti, beritahu isteri tercinta, sempena cuti ini juga saya dan isteri menyambut ulang tahun hari perkahwinan kami, sedar tak sedar dah 16 tahun kami hidup bersama anak pun dah ada enam orang, sedang membesar, perlu kepada perhatian dari kami suami dan isteri. Sekarang ni saya dah berada di Indra Mahkota Kuantan, baru tgh hari tadi sampai, singgah rumah kakak ipar dalam dua hari, mungkin hari khamis bertolak ke CIQ Gelang Patah, JB, Selamat berada di ,imggu Akhir cuti persekolahan.

Friday, May 22, 2009


Ustaz Mokthar bin Shari
SMK kompleks Sultan Abu Bakar,
81560 Gelang Patah, Johor Bahru.
0197293414
Guru Cemerlang Pendidikan Islam
DG 44
Asal Pasir Mas Kelantan
Anak ke 3 dari 6 adik beradik.