Saturday, January 08, 2011

TAHNIAH PUTERA SULUNG MUHAMMAD IZZUDDIN MOKTHAR




Abah, Ummi dan adik-adik juga keluarga mengucapkan tahniah atas kejayaan Abag Ngah dalam PMR mendapat 5A3B, dan diterima melanjutkan pelajaran ke SM Teknik Johor Bahru untuk sesi 2011 ni, dalam jurusan Kejuruteraan Makanikal, semoga Abang Ngah terus berusaha untuk mendapat kejayaan yang cemerlang dalam bidang yang diminati dan berjaya di dunia dan akhirat.

MAJLIS KESYUKURAN KELUARGA HISYAMUDDIN DI SAUJANA TANJUNG ADANG



Berucap mewakili sekolah sempena majlis kesyukuran Hisyamuddin Jamaluddin



Kenangan guru-guru yang hadir majlis kesyukuran keluarga Hisyamuddin Jamaluddindi Saujana Tanjung Adang.


Terima kasih kami guru ucapkan kepada keluarga Hisyamuddin Jamaluddin kerana menhargai jasa kami guru-guru SMKKSAB, guru-guru doakan kaluarga anda dimurahkan rezeki dan diberkati Allah sentiasa.

Sunday, January 02, 2011

SELAMAT TAHUN BARU 2011



Assalamualakum, wtw.

Selamat menyambut dan memulakan tahun baru dengan cemerlang, tapi aku masih lagi belum bertemu semangat tahun baru lagi, ingatkan tahun 2011 ni dah berada di negeri tumpah darah dah, tapi sebaliknya berlaku, mungkin ada hikmah dan rahmatnya disebalik apa yang berlaku, itulah ungkapan yang selalu keluar dari bibir En Mail Mudah, pengerusi MAsjid Abu Hurairah, KSAB..

Semoga semua rakan-rakan dan sahabat bergembira melangkah ditahun baru 2011M dan 1432H.

Ust Mokthar Shari
CIQ/2 januari 2011