Wednesday, November 09, 2011

RUMAHKU SYURGAKU LOT 2301 JLN LUBUK TANAH MERAH





Sudah hampir sebulan saya mendiami rumah di Lot 2301 jalan Lubuk Tanah Merah, seronok dapat duduk rumah sendiri[hutang kerajaan] tapi yang tak seronok cuma saya berdua dengan anak lelaki Imaduddin sahaja yang kat situ, isteri dan anak-anak yang lain masih lagi di CIQ Gelang Patah Johor Bahru, isteri bertugas di JB lagi. Semoga akhir tahun ni isteri dapat berpindah untuk bertugas di Kelantan.

Rumah masih belum siap sepenuhnya, pintu pagar belum ada lagi, ingat cuti ni nak gi tempah le pintu pagar tu, dah ada tempatnya cuma pitih belum ada lagi. Maaf le Abang Amir [kontraktor] kerana saya ubah pintu pagar yang dicadangkan, menyebabkan tuntutan 95% siap ditolak oleh penilai, insyallah bulan disember ni ada le pintunya.

Semoga rumah ini menjadi tempat yang selesa untuk kami sekeluarga mendiaminya, cuma kak long Afiqh belum balik lagi ke rumah ni, yang lain dah sempat merasa tidur di rumah ini. Insya Allah lepas SPM nanti dapat le Kak Long Afiqah masuk balik nya tu..

Mokthar Shari
CIQ JB.

0 comments: