Monday, November 07, 2011

SELAMAT MENYAMBUT EIDIL ADHA 1432H





Sudah tiga hari berada di CIQ untuk menyambut raya Eidil Adha bersama Isteri dan Anak di CIQ berkebetulan cuti sekolah selama seminggu, tapi terkilan anak ke tiga Imaduddin terpaksa berjauhan di kampung bersama datuk dan saudara mara di sana, tak bawa balik ke ciq kerana imad cuti dua hari sahaja dan ada exam pada hari rabu ni, berkorbanlah anakku Imaduddin, cuti 17 november ni kita balik bersama ke CIQ berjumpa Ummi dan adik beradik yang lain.

Tadi berkesempatan hadir majlis Qurban di MAH CIQ dan diamanahkan minta sembelih kurban dua ekor lembu, ingat nak bercuti dah tahun ni, untuk tidak menghampakan sahabat dan jemaah MAH CIQ, sempat sembelih dua ekor lembu yang terakhir. Terasa seperti masih berada di CIQ, teringat kenangan tahun-tahun sebelum, seronok..

Mokthar
CIQ JB
7 November 2011
11 Zulhijah 1432H

0 comments: