Wednesday, November 09, 2011

RUMAHKU SYURGAKU LOT 2301 JLN LUBUK TANAH MERAH





Sudah hampir sebulan saya mendiami rumah di Lot 2301 jalan Lubuk Tanah Merah, seronok dapat duduk rumah sendiri[hutang kerajaan] tapi yang tak seronok cuma saya berdua dengan anak lelaki Imaduddin sahaja yang kat situ, isteri dan anak-anak yang lain masih lagi di CIQ Gelang Patah Johor Bahru, isteri bertugas di JB lagi. Semoga akhir tahun ni isteri dapat berpindah untuk bertugas di Kelantan.

Rumah masih belum siap sepenuhnya, pintu pagar belum ada lagi, ingat cuti ni nak gi tempah le pintu pagar tu, dah ada tempatnya cuma pitih belum ada lagi. Maaf le Abang Amir [kontraktor] kerana saya ubah pintu pagar yang dicadangkan, menyebabkan tuntutan 95% siap ditolak oleh penilai, insyallah bulan disember ni ada le pintunya.

Semoga rumah ini menjadi tempat yang selesa untuk kami sekeluarga mendiaminya, cuma kak long Afiqh belum balik lagi ke rumah ni, yang lain dah sempat merasa tidur di rumah ini. Insya Allah lepas SPM nanti dapat le Kak Long Afiqah masuk balik nya tu..

Mokthar Shari
CIQ JB.

Monday, November 07, 2011

SELAMAT MENYAMBUT EIDIL ADHA 1432H





Sudah tiga hari berada di CIQ untuk menyambut raya Eidil Adha bersama Isteri dan Anak di CIQ berkebetulan cuti sekolah selama seminggu, tapi terkilan anak ke tiga Imaduddin terpaksa berjauhan di kampung bersama datuk dan saudara mara di sana, tak bawa balik ke ciq kerana imad cuti dua hari sahaja dan ada exam pada hari rabu ni, berkorbanlah anakku Imaduddin, cuti 17 november ni kita balik bersama ke CIQ berjumpa Ummi dan adik beradik yang lain.

Tadi berkesempatan hadir majlis Qurban di MAH CIQ dan diamanahkan minta sembelih kurban dua ekor lembu, ingat nak bercuti dah tahun ni, untuk tidak menghampakan sahabat dan jemaah MAH CIQ, sempat sembelih dua ekor lembu yang terakhir. Terasa seperti masih berada di CIQ, teringat kenangan tahun-tahun sebelum, seronok..

Mokthar
CIQ JB
7 November 2011
11 Zulhijah 1432H

Saturday, October 01, 2011

PERKEMBANGAN TERBARU RUMAH LOT 2301





Rumah terbaru, pagar dah siap.

Monday, September 05, 2011

RUMAHKU SYURGAKU






Selamat menyambut Eidul Fitri, semoga dengan tarbiah ramadhan yang kita lalalui selama sebulan di bulan ramadhan yang lepas dapat membebaskan diri kita dari dosa-dosa yang yang dilakukan sebelum ini. Untuk mengenapkan puasa kita selama setahun, marilah kita teruskan dengan berpuasa 6 hari di bulan ramadhan, tak kisahlah samaada kita berpuasa secara terus selama 6 hari, ataupun kita berpuasa selang-selang, yang penting sepanjang bulan syawal ini, biarlah ada 6 hari hari puasa sunat syawal.

Ingat nak berhariraya di rmuah baru, tapi perancangan tidak sama dengan ketentuan Allah SWT, rumah tak siap lagi, tinggal eletrik dan Air belum selesai lagi, mungkin pertengahan september ini baru siap.

8 September 2011

PUASA SUNAT SYAWAL, GANTI DAN ZIARAH


Puasa Sunat Syawal, Ganti & Ziarah
Oleh
Zaharuddin Abd Rahman
http://www.zaharuddin.net/

sumber

Puasa sunat Syawal sememangnya amat popular di kalangan masyarakat kita hari ini. Dikesempatan ini saya suka menasihatkan semua yang ingin mengamalkan puasa sunat ini agar berhati-hati dari tipu daya syaitan yang kerap berjaya menjadikan seseorang individu yang berpuasa itu bermegah dan riya' dengan amalannya.
" kau , dah hari ker berapa dah?"
"aku dah 5 hari dah ni"
"esok aku raya (sunat syawal)"
Ini adalah antara kata-kata yang kerap didengari di bulan syawal ini.
Ia menjadi seolah-olah satu budaya untuk berlumba menamatkan puasa enam. Ia agak terpuji tetapi ia dicemari oleh habahan-hebahan yang dibuat tentang bilangan hari puasanya bertujuan melihat 'sapa lebih hebat?'.
Amat dibimbangi, tindakan ini bakal menghilangkan seluruh pahala puasa sunatnya. Kerana ia boleh menjadikan seseorang merasa riya, serta memperdengarkan amalan masing-masing yang sepatutnya di sembunyikan khas untuk Allah.
Ziarah & Puasa Sunat
Saya tidak nafikan ada yang terpaksa memberitahu apabila ada rakan yang ajak makan dan menziarahi rumah rakan. Tatkala itu, ia tidaklah terkeji dan masing-masing bertanggung jawab menjaga niat dan hati masing-masing agar tidak timbul perasaan tersebut.
Puasa sunat ini juga tidak sewajarnya menjadi penghalang menerima jemputan rakan-rakan yang membuat rumah terbuka.
Isu Keutamaan Antara Sunat Syawal & Qadha
Selain itu, satu isu yang kerap ditimbulkan berkenaan hal ini adalah tentang penggabungannya dengan puasa ganti ramadhan dan puasa yang mana satu lebih perlu diutamakan.
Jika ada yang bertanya manakah yang lebih baik di antara puasa sunat syawwal dan puasa qadha?. Jawapannya sudah tentu adalah puasa Qadha. Ini terbukti dari hadis Qudsi yang sohih
وما تقرب إلي عبدي بشيء أحب إلي مما افترضت عليه وما يزال عبدي يتقرب إلي بالنوافل حتى أحبه
Ertinya : "..dan tidaklah hampir kepadaku seorang hambaKu dengan apa juapun, maka yang lebih ku sukai adalah mereka melaksanakan amalan fardhu/wajib ke atas mereka, dan sentiasalah mereka ingin menghampirkan diri mereka kepadaKu dengan mengerjakan amalan sunat sehinggalah aku kasih kepadanya..." (Riwayat Al-Bukhari, no 6021)
Hadis tadi sebagai asas keutamaan, walau bagaimanapun dari sudut praktikal jawapannya mungkin berbeza menurut keadaan diri seseorang.
Maksudnya begini, jika seseorang itu perlu Qadha puasanya selama 30, berpuluh atau berbelas hari (kerana nifas atau haid yang lama di bulan Ramadan sebagai contoh) dan tubuhnya juga sihat dan di yakini masih kuat. Eloklah ia mengerjakan puasa sunat Syawwal terlebih dahulu di ketika itu . Ini adalah kerana waktu sunnat puasa Syawwal yang singkat berbanding Qadha (sepanjang tahun).
Bagaimanapun harus di ingat, walaupun waktu bagi puasa Qadha adalah panjang, kita tetap tidak pasti adakah kita mampu sampai ke tarikh itu atau ajal menjelang dahulu.
Seseorang yang mati sebelum mengganti puasa Ramadannya tetapi sudah berpuasa sunat Syawwal akan pasti bermasalah kerana ia dikira masih berhutang dengan Allah SWT.
Bagaimanapun seseorang yang mati setelah berjaya menggantikan puasanya tetapi tidak sempat berpuasa sunat Syawwal, pastinya tiada sebarang masalah pun, malah mungkin ia juga mungkin boleh mendapat pahala sunat syawal itu sekali. Berdasarkan sabda Nabi SAW
‏إن الله كتب الحسنات والسيئات ثم بين ذلك فمن هم بحسنة فلم يعملها كتبها الله له عنده حسنة كاملة فإن هو هم بها فعملها كتبها الله له عنده عشر حسنات إلى سبع مائة ضعف إلى أضعاف كثيرة ومن هم بسيئة فلم يعملها كتبها الله له عنده حسنة كاملة فإن هو هم بها فعملها كتبها الله له سيئة واحدة
Ertinya " ... barangsiapa yang beringinan melakukan kebaikan tetapi tidak melakukannya, telah di tuliskan oleh Allah baginya pahala penuh, maka jika ia beringinan dan kemudian melakukannya, di tuliskan 10 pahala sehingga 700 kali ganda.." ( Riwayat Al-Bukhari, no 6010)
Kita harus memahami bahawa darjat puasa Qadha adalah lebih tinggi dan tanggungjawab bagi menunaikannya adalah jauh lebih besar dari sunat Syawwal, ini kerana puasa qadha adalah puasa wajib dan merupakan ‘hutang' ibadah dengan Allah berbanding puasa syawwal yang hanyalah sebagai tambahan pahala.
Isu Gabung Sunat & Qadha
Isu menggabungkan puasa qadha dan syawal sememangnya amat popular, pandangan ringkas saya adalah seperti berikut :-
Tidak elok untuk menggabungkan kedua-duanya bagi mereka yang mampu (dari sudut kesihatan tubuh dan lain-lain) untuk memisahkannya. Ini kerana sepengetahuan saya tiada dalil yang specifik membuktikan Nabi SAW pernah melakukannya atau menganjurkan kepada para sahabat untuk menggabungkannya.
Apabila Nabi, sahabat dan salaf soleh tidak melakukannya maka pastinya ia bukanlah amalan yang terpilih dan terbaik kerana pilihan Nabi SAW dan para sahabat selamanya adalah yang terbaik.
Malah terdapat juga hujjah-hujjah yang menyebabkan pandangan yang yang mengharuskan penggabungan ‘qadha dan ganti' itu dipersoalkan, iaitu :-
1. Jika seseorang mengatakan boleh gabung puasa qadha (yang wajib) dengan puasa syawwal (yang sunat) maka sudah tentu selepas ini timbul pula individu yang cuba menggabungkan solat wajib dengan solat sunat, seperti gabungan solat isyak dengan terawih, atau subuh dengan ‘tahiyyatul masjid' atau dengan solat sunat fajar, atau solat jumaat dengan solat sunat ‘tahiyyatul masjid'. Maka ini pasti menyebabkan masalah lain timbul dalam ibadah wajib termasuk rekaan-rekaan pelik seperti solat fardhu subuh campur istikharah dan lain-lain.
2. Menurut Prof. Dr Syeikh Abd Malik as-Sa'dy (ex-Lajnah Fatwa Iraq) dan Prof Dr Mohd ‘Uqlah el-Ibrahim (Jordan) mereka berpendapat bahawa amalan wajib tidak boleh digabungkan dengan apa-apa amalan wajib atau sunat lain, kerana amalan wajib memerlukan tumpuan khusus yang tidak berbelah bahagi semasa pelaksanaannya dan ia perlu bagi mengangkat tuntutan kewajibannya. Justeru, tindakan menggabungkan ini pasti mengurangkan kesempurnaan hamba dalam menunaikan tuntutan wajib mereka. Wallahu a'lam.
3. Tindakan A'isyah r.a yang melewatkan Qadha pula boleh di jadikan hujjah bahawa beliau mengasingkan kedua-dua puasa Qadha dan Syawwal. Maka inilah yang terpilih sepatutnya. (tidak gabungkan kerana Aisyah r.a tidak menggabungkannya) . Aisyah menyebut :
كأن يكون عليّ الصيام من شهر رمضان فما أقضيه حتى يجئ شعبان
Ertinya : Kewajiban ke atasku untuk puasa (Qadha) dari puasa Ramdhan, tidaklah aku menggantinya sehingga datang sya'ban" ( Riwayat Muslim, no 101)
4. Amalan wajib (qadha) memerlukan niat yang ‘jazam' (tepat dan pasti) maka tindakan mengabungkan ia dengan niat puasa sunat mungkin boleh merosakkannya kepastiannya. Kerana itulah ulama yang mengizinkannya mencadangkan agar diniat puasa qadha sahaja, adapun syawwal itu dipendam sahaja dengan harapan Allah menerimanya.
Bagaimanapun, ulama yang mencadangkan ini jelas menyatakan bahawa tindakan menggabungkannya tetap mengurangkan pahala sunat syawwal ini kerana tidak diniat dan tidak dilakukan sepenuhnya (Hasyiah As-Syarqawi ‘ala al-Tahrir, Syeikh Zakaria Al-Ansary, 1/427; naqal dari Min Ahsanil Kalam Fil Fatawa, Atiyyah Saqr, 2/23)
5. Malah ada pula yang berhujjah bahawa amalan sunat tidak boleh ditunaikan sebelum amalan fardu. Demikian menurut Syeikh Abu Raghib al-Asfahani, Syeikh Ihsan Muhammad 'Aayish al-'Utaibi dan juga di sebutkan oleh Dr Yusof Al-Qaradawi di dalam kitabnya Fiqh Awlawiyyat. Ini ada asasnya kerana berdasarkan hadith Nabi SAW
من صام رمضان ثم أتبعه ستاً من شوال فكأنما صام الدهر
Ertinya: "Barangsiapa telah berpuasa Ramadan kemudian diikuti dengan 6 hari dari dari Syawwal (puasa) maka ia adalah seperti (pahala) puasa ad-Dahr (setahun)" (Riwayat Al-Bukhari, no 6502).
6. Kita dapat melihat penggunaan ‘fe'il madhi' iaitu ‘past tense' bagi puasa Ramadan, mungkin sahaja boleh membawa makna sesiapa yang belum lengkap puasa Ramadannya perlulah melengkapkan dahulu, kemudian barulah mereka layak bagi mendapat peruntukan pahala sunat Syawwal.
7. Hujjah ulama yang mengharuskannya adalah hadith
" Sesungguhnya amalan itu berdasarkan kepada niat, dan bagi seseorang apa yang diniatkan." (Riwayat Bukhari, no 1, 1/12)
Ia dilihat agak umum, memang benar apa yang diniatkan adalah penting, tetapi niat mempunyai kaedah dan cara-caranya bagi diterima, contohnya seperti niat solat yang di cadangkan di dalam mazhab Syafie dimulakan semasa lafaz takbiratul ihram di sebut, jika tidak niat itu tidak dikira. (Rujuk Al-umm, hlm 78, cet Baytul Afkar; Rawdhah At-Tolibin, An-Nawawi, cet Baytul Afkar, hlm 103).
Justeru, niat juga ada displinnya dan tidak boleh dibuat sesuka hati di dalam ibadah.
Kesimpulan
Kesimpulan dalam yang mengutarakan perbincangan yang terbatas ini : Elok sangat tidak digabungkan dan elok sangat didahulukan yang wajib (qadha) daripada sunat (syawwal);
Pandangan yang membolehkan saya anggap sebagai rukhsah "keringanan" bagi mereka yang mempunyai kesukaran kerana uzur dan tidak mampu untuk mengasingkannya. Antara ulama yang membolehkan untuk menggabungkannya adalah beberapa ulama dari mazhab Syafie (Mughni al-Muhtaj, 1/602), Assembly of Muslim Jurists in America (AMJA), Syeikh Atiyyah Saqar, panelis fiqh Islam online.net dan beberapa yang lain.
Sekian
Zaharuddin Abd Rahman
http://www.zaharuddin.net/
25 Oktober 2006
(Diedit semula pada 3 Syawal 1428 H = 15 Oktober 2007)
TERBIT SEMULA : 8 OKTOBER 2008 ( 9 Syawal 1429 H)

p/s : Anda bebas untuk tidak menyetujui kesimpulan saya dalam tulisan ini. Bagaimanapuan, pihak saya tidak mengalu-alukan sebarang perdebatan dan hujah balas dalam ruangan komen. Saya meraikan setiap pandangan tanpa menyalahkan mana-mana pihak.
Justeru, tidak perlulah berhujjah di sini, ini bukan tempatnya yang sesuai.

IHSAN
Dari;
UZAR
SEMOGA JADI PANDUAN

Monday, August 22, 2011

Monday, August 01, 2011

PERKEMBANGAN RUMAH TERBARU


















Assalamualaikum wtw.

Sudah masuk hari kedua Umat Islam khususnya di negara kita menunaikan ibadah puasa, semoga puasa tahun ini adalah yang terbaik dari tahun-tahun lepas.

Lama dah saya ana tak aktifkan bolg, sibuk dengan kerja kut, kadang-kadang masalah line internet, pada 30 julai hari sabtu kena uruskan Mukhayyam Bahasa Arab Peringkat SABK PPD Tanah Merah Anjuran SPI JPNK, Madrasah Arabiah Ternang diamanahkan sebagai tuan rumah, mulanya plan nak balik ciq, terpaksa tangguhkan insyallah minggu depan le kelik Ciq.

perkembangan terbaru rumah, insayallah raya ni boleh masuk rumah, janji dengan tukang nak masuk seminggu sebelum raya.

Semoga peroses pengurusan pembinaan rumah ku ini dipermudahkan oleh Allah SWT.

Friday, July 15, 2011

Assalamualaikum, wtw.

Lama dah tak aktifkan blog QUDWAH HASANAH ni, nak kata sibuk sangat pun tak juga, line internet kat sini tak seperti kat CIQ, slow sgt, La kat Wakaf Che Yeh, sedang tunggu service JMQ304, boring buka laptop le, wireless pun laju, dapat le buka blog.

La ni sibuk uruskan rumah kat Lot 3201 kat Jalan Lubuk di Tanah Merah, semoga prosesnya dipermudahkan oleh Allah SAW,
















Gambar terbaru rumah

Rasanya raya ni dah boleh masuk rumah kut, anak-anak dah tak sabar nak masuk rumah sendiri.

Wakaf Che Yeh
16 julai 2011
Sabtu.
11.15 am

Tuesday, May 24, 2011

RUMAH DAH PASANG SILING KAPUR DAN PROSES PLESTER DINDING




Siling dalam bilik




Pintu utama depan rumah

Saturday, May 14, 2011

PERKEMBANGAN TERBARU RUMAH PT 2301 JALAN LUBUK

Assalamualakum, wtw,
Lama dah tak aktifkan blog ni, line internet kat sin kurang menyeronokkan, rumah dalam proses pembinaan, sekarang ni dah mudah plaster, bahagian bilik dah siap tinggal ruang tamu dan ruang keluarga, lepas tu akan berpindah ke dinding luar, jangka tukang plaster siap dalam tiga minggu, dijangkakan dalam bulan september ni dapat lah masuk rumah, kalu sempat nak masuk raya Eidil Fitri ni.





Bahagian kabenet dapur




Bahagian depan, sudut sebelah kanan rumah


Sudut tepi depan sebelah kanan


Bahagian depan rumah




Rumah dah siap pasang atap dan sedang proses plaster dinding, dah siap plaster bilik tinggal ruang keluarga dan ruang tamui

Wednesday, April 20, 2011

RUMAH DAH PASANG KAYU UNTUK LETAK ATAP

Rumah dah nak pasang atap, munggkin minggu depan dah mula boleh letak atap, kata tukang pada hari saya gi lihat tempoh hari [18 april 2011-selasa] dalam seminggu siap le pasang atap.. seronok juga dapat melihat perkembangan pembinaan rumah.. family balik jun nanti dapat le lihat rumah dah ada atap..










Pekerja sedang memasang kayu untuk meletakkan atap, di antara kerja terakhir sebelum pasang atap.

Sunday, April 17, 2011

PENGISIAN HARI CUTI SEMPENA SUKAN YIK 2011


Pandangan depan ambil gambar pada 17 april






Pandangan sisi sebelah kanan



Pandangan sisi dari belakang




Tangga sisi sebelah depan


Semoga ianya menjadi pelindung buat kami sekelurga, harap-harap bulan disember ni dapat le masuk rumah ni, insyallah..

Ust Mokthar bin Shari,
Rong Chenok,
17 April 2011
Jam 09.22 mlm.

Saturday, April 16, 2011

PEMBINAAN TRATAK MOS AND FAMILY

Rumah dalam peoses pembinaan, semoga Allah SWT permudahkan segala-galanya.


Tangga tepi


Tangga depan


pandangan keseluruhan bangunan



Pandangan depan

Semoga tratak ini dapat dijadikan kami sekeluarga tempat berteduh dan berlindung, tempat yang bahagia untuk kami.

Lot 2301, Jalan Lubuk, 17000 Tanah Merah, Kelantan.

Monday, March 07, 2011

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL TASK FORCE KSAB


Pasukan perarakan SMKKSAB segak dengan bunga mangar dan bunga pahar dengan pakaian bertemakan warna MERAH.


Pasukan perarakan SMKKSAB


Kumpulan Marhaban dari Pegawai dan AJK Masjid Abu Hurairah, KSAB.



Prof Madya Di Azhar bin Mohammad, Pengarah Masjid Sultan Ismail, UTM Skudai

Pada 05 Mac 2011 bersamaan 30 RabiulAwal 1432H satu program sambutan Maulidur Rasul telah diadakan di KSAB/CIQ Tanjung Kupang, Pihak sekolah telah diamanahkan mengetuai perarakan, rasanya tugasku berulang balik seperti sebelum ini, semoga mereka yang turut serta berpuas hati dengan tugas yang telah saya jalankan.

Ceramah maulidur rasul telah disampaikan oleh Prof Madya Dr Azhar bin Mohammad pengarah masjid UTM, Skudai, banyak input telah disampaikan semasa ceramah beliau, harapan mereka yang hadir dapat menghayati dan beramal dengan sunnah rasulullah saw.

MOS/CIQ
07 Mac 2011.

Saturday, January 08, 2011

TAHNIAH PUTERA SULUNG MUHAMMAD IZZUDDIN MOKTHAR




Abah, Ummi dan adik-adik juga keluarga mengucapkan tahniah atas kejayaan Abag Ngah dalam PMR mendapat 5A3B, dan diterima melanjutkan pelajaran ke SM Teknik Johor Bahru untuk sesi 2011 ni, dalam jurusan Kejuruteraan Makanikal, semoga Abang Ngah terus berusaha untuk mendapat kejayaan yang cemerlang dalam bidang yang diminati dan berjaya di dunia dan akhirat.