Sunday, October 13, 2013

Assalamualaikum wtw, sudah lama ana tak jengok blogspot ini, asik dengan FB je, link internet pun tak menizinkan, terasa pulak nak update blogspot, email pun dah mula lupa, mulanya agak2 jen alhamdulillih masa ingat lagi.. Hari ini 9 zulhijjah, umat Islam yang mengerjakan ibadah haji sudah berkumpul di Padang Arafah untuk Ibadah Wukuf, ibadah yang sangat penting dalam ibadah haji, setiap umat Islam yang ingin mengerjakan haji wajiblah wukuf di Arafah, sekiranya mereka tidak sempat wukuf maka haji nya tidak dikira/ tidak sah haji pada tahun itu. Bagi umat Islam yang tidak berpeluang mengerjakan Ibadah Haji merweka disunatkan berpuasa pada hari Arafah, sangat banyak kelebihannya, Dalam satu hadis baginda bersabda yang bermaksu, mereka yang bewrpuasa pada 9 zulhijjah, Allah SWT akan mengampunkan dosanya yang telah lalu, bermula 9 zulhijjah tahun sebelum sehingga 9 zulhijjah pada tahun ini, mengikut Jumhur ulamak, mangatakan hanyalah dosa2 kecil kerana dosa2 besar hendaklah bertaubat, tapi ada juga ulamak mengatakan semua dosa akan diampunkan oleh Allah SWT, kerana Allah maha pengampun. Amatlah beruntung mereka yang berpuasa pada 9 zulhijjah[Hari Arafah], semasa ana berada di CIQ Gelang Patah dulu, pihat masjid menganjurkan majlis berbuka puasa arafah, untuk menggalakkan umat Islam yang berada di CIQ berpuasa, alhamdulillah nampaknya suasana ini masih lagi diteruskan oleh sahabat2 ana di Masjid Abu Hrairah.. tahniah. Besok pula umat Islam menyambut Eidil Adha dan melakukan Ibadah Qurban selepas solat sunat Eidil Adha, In Sha Allah, ana diberikan rezki oleh Allah untuk turut berkorban, tahun ini sudah berpeluang berkorban di tanah tumpah darah ku di Kg Rong Chenok, Pasir Mas Kelanatan. Sekian, terima kasih.

0 comments: