Saturday, January 23, 2016

Asslamualaikum wtw.. Sudah lama tak menjengok blog ini, dah hampir 5 atau 6 tahun tak di update.. sebenarnya peringkat awalnya line internet amatlah susah dan lembap, selepas tu terlua pulak kata laluan nya..dan ada pula laman sosial FB pulak... Baru sekejap tadi sedang dok belek dairy lama terjumpa pula addres email dan kata laluannya... Alhamdulillah 23 Jan 2016

Sunday, October 13, 2013

KEAJIABAN KAABAH BERI KESAN POSITIF

KEAJIABAN KAABAH BERI KESAN POSITIF Dewasa ini tidak dapat dinafikan impak atau kuasa dimiliki teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) seperti Facebook dan laman sosial lainnya terhadap pemikiran masyarakat. Saban hari pelayar laman sesawang dan tuan punya Facebook akan tersentuh dan disentuh pelbagai berita serta maklumat. Salah satu contoh maklumat yang telah menarik perhatian ramai khalayak Facebook ialah 15 rahsia keajaiban Kaabah. Antara ciri-ciri keajaiban Kaabah termasuk ia terletak di Makkah yang berada di kawasan graviti paling tinggi Graviti yang tinggi menarik bunyi-bunyi (dalam bentuk gelombang/tenaga) yang tidak dapat didengar, tetapi mempunyai kesan positif kepada manusia. Graviti tinggi mempunyai kesan ke atas sistem imun badan dan berinteraksi dengan niat yang dibuat dalam hati untuk memberi kekuatan dalaman. Pergerakan mengelilingi Kaabah mengikut arah berlawanan gerakan jarum jam memberikan tenaga hayat secara semula jadi daripada alam semesta. Yang nyata, ciri-ciri keajaiban Kaabah digambarkan melalui konsep saintifik. Dari sudut sainsnya, manusia memang mempunyai keupayaan mendengar gelombang bunyi yang terletak dalam bahagian tertentu keseluruhan julat gelombang bunyi yang ada di dunia ini. Ada pelbagai bunyi yang tidak dapat ditangkap telinga manusia kerana Allah SWT menjadikan keadaan sedemikian. Namun, antara bunyi yang tidak dapat didengar oleh manusia ini ada yang dapat didengar oleh haiwan tertentu dan bahagian atau anggota badan manusia tanpa kita menyedarinya. Peristiwa Israk dan Mikraj Maklumat ciri-ciri keajaiban Kaabah menjelaskan bagaimana antara bunyi-bunyian ini ada yang mempunyai impak positif kepada perasaan dan pemikiran manusia seperti pergerakan tawaf mempunyai kesan baik terhadap kesihatan fizikal dan mental manusia. Malangnya tidak banyak saintis yang memberi maklum balas bagi menjawab persoalan mengenai kelebihan ciri-ciri keajaiban Kaabah. Bagi mereka yang selesa dengan berita kemukjizatan Nabi Muhammad SAW dan al-Quran, keajaiban Kaabah diterima dengan keraguan minimum. Ini kerana dalam pandangan jagat Islami mereka, perkara luar biasa seperti mukjizat nabi-nabi sememangnya sebahagian daripada landskap keimanan orang Islam dan hal itu diceritakan dalam al-Quran. Peristiwa Israk dan Mikraj yang juga satu keajaiban Rasulullah SAW yang menjadi sebahagian ilmu asas (pernah dihuraikan secara saintifik) umat Islam. Namun, masih ada yang berminat untuk memahami keajaiban Kaabah dari sudut dapat dijelas serta difahami secara rasional. Bukti saintifik Secara mudahnya sains cuba memahami alam melalui bidang seperti fizik (yang mengkaji graviti dan gelombang cahaya dan bunyi), kimia (contohnya sifat dan zat-zat jirim seperti kandungan mineral yang luar biasa dalam air zamzam) dan biologi (yang menjelaskan fenomena pengaliran darah dan kesannya pada kesihatan fizikal serta emosi manusia). Bukti saintifik boleh dilihat melalui penggunaan alat-alat (teknologi) dan kaedah uji kaji yang boleh dikongsi oleh semua yang berminat. Persoalannya, kenapa golongan ini memerlukan pengesahan saintifik kepada ciri-ciri keajaiban Kaabah? Mungkin dua sebab, pertama, jiwa yang mengimani Maha Pencipta dan Rasulnya akan sentiasa merindui penyaksian apa yang dipercayainya. Dalam konteks ciri-ciri keajaiban Kaabah ini, rumah Allah itu yang terletak di kota Makkah berkait erat dengan ibadat haji, di samping elemen penting lain seperti Hajar Aswad dan air zamzam. Dari sudut saintifiknya, apabila muncul maklumat mengenai ciri-ciri keajaiban Kaabah itu, perlu ada inisiatif oleh umat Islam sendiri untuk menyiasat sama ada pernyataan yang dibuat jelas sumber maklumatnya serta kesahihan fakta dikemukakan. Perlulah ada situasi yang mana saintis Muslim dan ulama bergabung tenaga serta saling membantu bagi membolehkan proses pengukuran ciri-ciri graviti istimewa yang disebut boleh dijalankan. Bagi mereka masih tertanya-tanya, analisis umum yang dilakukan terhadap laporan ciri-ciri keajaiban Kaabah menunjukkan kebarangkalian yang baik, memandangkan ada rujukan boleh dijejaki untuk data sokongan. Pada masa yang sama, keistimewaan Kaabah ini sepatutnya menyedarkan umat Islam luasnya serta banyak lagi kajian saintifik yang dilakukan saintis bukan Islam (tetapi yang tidak semestinya prejudis terhadap Islam) wujud dan boleh dirujuk. Firman Allah SWT bermaksud: Al-Quran itu diturunkan oleh Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani - supaya Engkau memberi peringatan dan amaran kepada kaum yang datuk nenek mereka telah lama tidak diberikan peringatan dan amaran sebab itulah mereka lalai. (Surah Yaasin, ayat 5-6).

Assalamualaikum wtw, sudah lama ana tak jengok blogspot ini, asik dengan FB je, link internet pun tak menizinkan, terasa pulak nak update blogspot, email pun dah mula lupa, mulanya agak2 jen alhamdulillih masa ingat lagi.. Hari ini 9 zulhijjah, umat Islam yang mengerjakan ibadah haji sudah berkumpul di Padang Arafah untuk Ibadah Wukuf, ibadah yang sangat penting dalam ibadah haji, setiap umat Islam yang ingin mengerjakan haji wajiblah wukuf di Arafah, sekiranya mereka tidak sempat wukuf maka haji nya tidak dikira/ tidak sah haji pada tahun itu. Bagi umat Islam yang tidak berpeluang mengerjakan Ibadah Haji merweka disunatkan berpuasa pada hari Arafah, sangat banyak kelebihannya, Dalam satu hadis baginda bersabda yang bermaksu, mereka yang bewrpuasa pada 9 zulhijjah, Allah SWT akan mengampunkan dosanya yang telah lalu, bermula 9 zulhijjah tahun sebelum sehingga 9 zulhijjah pada tahun ini, mengikut Jumhur ulamak, mangatakan hanyalah dosa2 kecil kerana dosa2 besar hendaklah bertaubat, tapi ada juga ulamak mengatakan semua dosa akan diampunkan oleh Allah SWT, kerana Allah maha pengampun. Amatlah beruntung mereka yang berpuasa pada 9 zulhijjah[Hari Arafah], semasa ana berada di CIQ Gelang Patah dulu, pihat masjid menganjurkan majlis berbuka puasa arafah, untuk menggalakkan umat Islam yang berada di CIQ berpuasa, alhamdulillah nampaknya suasana ini masih lagi diteruskan oleh sahabat2 ana di Masjid Abu Hrairah.. tahniah. Besok pula umat Islam menyambut Eidil Adha dan melakukan Ibadah Qurban selepas solat sunat Eidil Adha, In Sha Allah, ana diberikan rezki oleh Allah untuk turut berkorban, tahun ini sudah berpeluang berkorban di tanah tumpah darah ku di Kg Rong Chenok, Pasir Mas Kelanatan. Sekian, terima kasih.

Wednesday, November 09, 2011

RUMAHKU SYURGAKU LOT 2301 JLN LUBUK TANAH MERAH





Sudah hampir sebulan saya mendiami rumah di Lot 2301 jalan Lubuk Tanah Merah, seronok dapat duduk rumah sendiri[hutang kerajaan] tapi yang tak seronok cuma saya berdua dengan anak lelaki Imaduddin sahaja yang kat situ, isteri dan anak-anak yang lain masih lagi di CIQ Gelang Patah Johor Bahru, isteri bertugas di JB lagi. Semoga akhir tahun ni isteri dapat berpindah untuk bertugas di Kelantan.

Rumah masih belum siap sepenuhnya, pintu pagar belum ada lagi, ingat cuti ni nak gi tempah le pintu pagar tu, dah ada tempatnya cuma pitih belum ada lagi. Maaf le Abang Amir [kontraktor] kerana saya ubah pintu pagar yang dicadangkan, menyebabkan tuntutan 95% siap ditolak oleh penilai, insyallah bulan disember ni ada le pintunya.

Semoga rumah ini menjadi tempat yang selesa untuk kami sekeluarga mendiaminya, cuma kak long Afiqh belum balik lagi ke rumah ni, yang lain dah sempat merasa tidur di rumah ini. Insya Allah lepas SPM nanti dapat le Kak Long Afiqah masuk balik nya tu..

Mokthar Shari
CIQ JB.

Monday, November 07, 2011

SELAMAT MENYAMBUT EIDIL ADHA 1432H





Sudah tiga hari berada di CIQ untuk menyambut raya Eidil Adha bersama Isteri dan Anak di CIQ berkebetulan cuti sekolah selama seminggu, tapi terkilan anak ke tiga Imaduddin terpaksa berjauhan di kampung bersama datuk dan saudara mara di sana, tak bawa balik ke ciq kerana imad cuti dua hari sahaja dan ada exam pada hari rabu ni, berkorbanlah anakku Imaduddin, cuti 17 november ni kita balik bersama ke CIQ berjumpa Ummi dan adik beradik yang lain.

Tadi berkesempatan hadir majlis Qurban di MAH CIQ dan diamanahkan minta sembelih kurban dua ekor lembu, ingat nak bercuti dah tahun ni, untuk tidak menghampakan sahabat dan jemaah MAH CIQ, sempat sembelih dua ekor lembu yang terakhir. Terasa seperti masih berada di CIQ, teringat kenangan tahun-tahun sebelum, seronok..

Mokthar
CIQ JB
7 November 2011
11 Zulhijah 1432H

Saturday, October 01, 2011

PERKEMBANGAN TERBARU RUMAH LOT 2301





Rumah terbaru, pagar dah siap.

Monday, September 05, 2011

RUMAHKU SYURGAKU






Selamat menyambut Eidul Fitri, semoga dengan tarbiah ramadhan yang kita lalalui selama sebulan di bulan ramadhan yang lepas dapat membebaskan diri kita dari dosa-dosa yang yang dilakukan sebelum ini. Untuk mengenapkan puasa kita selama setahun, marilah kita teruskan dengan berpuasa 6 hari di bulan ramadhan, tak kisahlah samaada kita berpuasa secara terus selama 6 hari, ataupun kita berpuasa selang-selang, yang penting sepanjang bulan syawal ini, biarlah ada 6 hari hari puasa sunat syawal.

Ingat nak berhariraya di rmuah baru, tapi perancangan tidak sama dengan ketentuan Allah SWT, rumah tak siap lagi, tinggal eletrik dan Air belum selesai lagi, mungkin pertengahan september ini baru siap.

8 September 2011