Thursday, June 17, 2010

BERTOLAK PULANG KE JOHOR BAHRU






Semasa kami bercuti di Pantai Sepat Kuantan

Setelah seminggu lebih bercuti ke kampung, kami sekeluarga bertolak semula ke Johor, pulang ke CIQ, Gelang Patah, pada jam 11.00 pagi kami bertolak dari rumah ayah di kampung Rong Chenok, Pasir Mas, singgah makan tengah hari di Restauren Tepi Sungai di Tanah Merah, ianya menjadi tempat persinggahan makan semasa balik kampung atau pulang ke JB, anak-anak seronak makan di tempat ini kerana banyak lauk disediakan.

Hari ini kami makan durian, dah beberapa hari saya cari durian kat pasar tapi tak ada, itulah istemewanya restauren ini, bukannya lauk saja yang banyak tapi pelbagai disert disediakan, pulut durian pun ada. Mulanya, tadi berhajat nak makan pulut durian dengan santan, tapi dah terlalu kenyang, makan juga beberapa ulas durian bersama anak-anak.

Plan awal nak singgah bermalam di Tanggol rumah arwah bapa/mak mertua, tapi bila dah fikir dan tanya isteri dan anak-anak buat keputusan teruskan perjalanan ke JB je, rugi masa je singgah sana, singah sini. Tetapi selepas Kuala Berang kakak Ipar di Indera Mahkota call suruh kami bermalam saja di rumahnya. Kami sampai di Indera Mahkota jam 0630 petang, elok lah bermalam di sini, kak mak Teh kepada anak-anak, berehat je besok pagi teruskan perjalanan ke CIQ JB. Itulah yang dikatakan ketentuan Allah SWT tidak sama dengan perancangan manusia, Qadar dan Qada Allah kepada makhluknya.




Semoga Allah SWT menyelamatkan kami sekeluarga sampai di CIQ esok.

Ust Mokthar dan family.
0840 malam
Indera Mahkota.

Wednesday, June 09, 2010

PERCUTIAN DI INDRA MAHKOTA KUANTAN [08 HINGGA 10 JUN 2010]




08, 09 dan 10 Jun 2010, Indra Mahkota Kuantan-Percutian transit kat Indera Mahkotan sangat menyeronakkan, khasnya anak-anak, dapat mandi kat Kolam Kelab Sukan Indera Mahkota dan petang pulah kami buat rehlah ke Pantai Sepak menghala ke Pekan, dapat mandi, bakar ikan, udang dan sotong, sedapnya, ingat nak bakar ikan yang dipancing oleh Ayah Teh kata Imad tapi....., apa jadi ya.. lain kali lah Irsyad kita mancing iansya Allah kalu ada rezeki dapat ikan, lepas itu kita bakar... sedap.. makan ikan fresh...



Sedapnya kepah fresh yang dibakar, tadi anak-anak menunjukan kepakaran mencari kepah kat pantai.



Anak-anak sedang asik mencari kepak, masing-masing jaga pakaian, tapi lepas ini apa akan jadi dengan pakaian mereka....



Han, kan tadi dah cakap, tak sanggup lihat orang lain menikmati air laut... apa lagi terus berendam lah mereka...



Seronaknya anak-anak mandi dan bermain di tepi pantai sepak, masing-masing tak puas mandi, lain kali nak datang lagi..



Dua anak dara [kedua-dua anak sulung dalam keluarga], Along bakal jadi bisnes dalam komputer dan Kak Long Afiqah bercita-cita nak jadi Jurutera insyalah semoga Allah capaikan cita Makbulkan doa abah dan Ummi serta keluarga.



Kak Long Afiqah menunjukkan kepakaran memancing, bila nak dapat ikan ni, kalu dapat kak long nak terus bakar, sedapnya, fresh lagi..



Sedang bakar, kepah yang dicari oleh anak-anak kat pantai tadi, sedap sangat fresh, bakar ikan, udang dan sotong bukan tangkap tapi kami beli kat pasar Kuantan tadi, nasib baik beli, mancing tak dapat ikan lagi.




Izzuddin, Imad, Irsad, Irfan sedang seronak mandi di kolam


Kak Aisyah dan Adik Isham seronak mandi kolam




Anak-anak mandi di Kolam Kelab Sukan di Indra Mahkota Kuantan- Seronak sangat anak-anak mandi.

Tuesday, June 08, 2010

SELAMAT SAMPAI DI INDRA MAHKOTA KUANTAN

Kami singgah dalam dua hari, mungkin akan bertolak ke Ganu hari khamis dan akan balik ke Pasir Mas, Kelantan rumah ayah.

Percutian kali ini masa banyak duk atas jalan je, singgah sana, singgah sini, tak pe le, lepaskan stress kerja,

Petang sok janji dengan Abg Mei nak gi mancing kat tepi laut, bawa anak-anak, dah lama janji dengan anak-anak nak gi mancing.

Setelah hampir 6 jam penat memandu Innova JLP304 kesayangku bersama Family, ana dan keluarga selamat sampai di Indra Mahkota di Kuantan rumah Abang Ipar [saya punya Biras] di perumahan Bomba Indra Mahkota, kami sampai jam 0540 ptg.




Ana dan Isteri semasa di Pantai Teluk Cempedak




Abang Mei dan Kak Ani



Sunday, June 06, 2010

KEIKHLASAN HATI INSAN BERTUHAN



Assalamualaiikum wtw.

Pada kesempetan ini ana cuba untuk berkongsi sedikit ilmu dari lautan ilmu berkenaan Ilmu Tasawuf, sudah dua hari ana bercengkam mata dan habiskan masa untuk menanda kertas jawapan pelajar 2 terbilang dan 2 gemilang, alhamdulillih, dah siap isyallah dalam kul 9 nanti nak hantar ke sekolah, hari tu nak email, tapi terlupa nak ambil addres email yang dicadang oleh Cikgu Zaki s/u peperiksaan dalaman, mungkin juga lepas ni nak sms kat zaki minta alamat email yang cadangkannya.

Tapi ingat nak kena gi juga ke sekolah sebab nak hantar borang prestasi dan skt yang diminta oleh Pn Hjh Harlina.

Lepas subuh tadi ana, ana terbuka buku berkenaan Ilmu Tasawuf yang ana beli dengan Ust Rasidi Jamil semasa dia datang di Seri Malaysia tahun lepas, buku tulisan Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri, ianya tak perlu diperkenalkan lagi, sudah tersohur diseluruh Malaysia, itu pun bagi mereka yang mengikuti perkembangankeilmuan Islam, tapi bagi mereka yang langsung tak peduli tentang keislaman, mungkin tak taun siapa dia Di Zulkifli, itulah hakikat dunia akhir zaman, kalu tanya tentang siapa dia artis yang itu, dan yang ini semuanya boleh bagitahu.

Ana tertarik tentang Ilmu Tasawuf ini, dulu pernah belajar semasa di UKM denagn Dr Mudassir, dah lama tu hampir 13 tahun yang lampau, ingat nak cuba mendalami keilmuan ini semula, mudah-mudahan dengan umur yang sudah nak setengah abad ini, dapat mempertingkatkan takarub kepada Allah SWT.

Buku karangan dr Zulkifli al-Bakri ini berjudul "SOAL JAWAB A-Z TENTANG TASAWUF", rasanya elok bagi Insan yang ingin mengetahui keilmuan ini dapatkan buku ini sebagai panduan harganya RM 26.00 yang dikeluarkan oleh Telaga Biru.


Isnin 07 Jun 2010.
MOS/CIQ

Saturday, June 05, 2010

IHYA' JUMAAT MELAHIRKAN MODAL INSAN CEMERLANG

<IHYA' JUMAAT MELAHIRKAN MODAL INSAN CEMERLANG



Tazkirah Program Ihya' Jumaat.



Klinik Iqra'





Pada tahun lepas pihak sekolah telah menghantar bahan untuk penanugerahan INOVASI Jabatan Pendidikan Negeri Johor. melalui program "IHYA JUMAAT MEMBINA MODAL INSAN CEMERLANG"

Lama juga menunggu keputusannya, ingat sudah tak ada apa cerita lagi, tapi bersyukur kehadrat Allah SWT kerana program yang dihantar telah mendapat pengingtirafan dari pihak JPNJ,

Setakat ini program ini sudah mendapat dua pengintirafan peringkat JPNJ, yang pertama mendapat anugerah Khas "MESRA MASJID" dan yang terbaru ialah "ANUGERAH INOVASI JABATAN PELAJARAN JOHOR"





Sijil Anugerah Inovasi JPNJ 2009


a href="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi_g8NPAutxV_GiO-jKiIm2NkKUOdKT7Urqp8_Cv5Qi7pXQxoRLmSNDWfnpem6DY7B-lWoMaTg2w6lzc9pHsRykneDWX8iGJNMD6wsy_26M_GyieScJ4z7bMshouNPhkbWqh9ijh5B9_1PD/s1600/IMG_0002.jpg">

SIJIL ANUGERAH KHAS MESRA MASJID 2008





Semoga Anugerah ini boleh mencetuskan semangat baru dalam menjalankan misi dakwah kepada warga SMKKSAB dimasa akan datang.

Ust Mokthar ciq
06 Jun 2010

Friday, June 04, 2010

KEM KEROHANIAN DAN AMALI SEMBELIHAN



Taklimat dan Kuliah Dudha berkenaan dengan sembelihan







1.0 PENDAHULUAN

Kem Kerohanian dan Amali Sembelihan merupakan satu program bagi memberi pengukuhan kepada pelajar tingkatan 4 berkenaan menguruskan majlis dan amali sembelihan, kerana bahagian sembelihan adalah tajuk yang wajib dipelajari oleh setiap pelajar, program ini diadakan oleh Panitia Pendidikan Islam dan MAKDIS sekolah untuk memberi pendedahan kepada para pelajar dalam aspek sembelihan yang sudah dilupakan oleh kebanyakaan umat Islam hari ini.


2.0 MATLAMAT

Bagii melahirkan pelajar yang berakhlak mulia dan bersahsiah terpuji dan dapat mengetahui kaedah sembeliah mengikut syariat Islam.

3.0 OBJEKTIF

Di antara objektif Program Khemah Ibadah ialah :

1. Melahirkan pelajar yang mencintai dan mentaat perintah Allah SWT dengan melakukan ibadah wajib ataupun sunat.
2. Mendedahkan teknik sembelihan yang betul dengan mengaplikasikan teori yang dipelajari dalam kelas dengan praktikal sebenar
3. Mengeratkan hubungan silatulrahim di antara rakan-rakan.
4. Memupuk sikap bertanggungjawab kepada setiap diri pelajar dengan tugas yang telah diamanahkan.




4.0 NAMA PROGRAM

KEM KEROHANIAN DAN AMALI SEMBELIHAN

5.0 ANJURAN

Majlis Kegiatan Dakwah Islamiah [MAKDIS]

6.0 SASARAN

1. Pelajar Tingkatan 4 Sains 18 orang
2. Pelajar Tingkatan 4 Ikhtisas 28 orang
Jumlah 46 orang

7.0 TARIKH DAN MASA
22 Mei 2010 (Sabtu Masa 08.00 Pagi hingga 02.00 petang

8.0 TEMPAT

Masjid Abu Hurairah, KSAB.

9.0 PENGISIAN

1. Taklimat program.
2. Solat Sunat Duha
3. Kuliah Duha berkenaan sembelihan [halal dan haram]
4. Sarapan pagi.
5. Amali sembelihan
6. Gotong royong masak
7. Solat Fardhu Zohor Berjammaah Berjemaah
8. Makan Tengahhari
9. Gotong royong kebersihan.




Pelajar sedang membersihkan bulu ayam






Pelajar-pelajar menikmati jamuan yang dimasak oleh mereka



Antara tetamu yang hadir dan sedang menikmati jaudah yang dimasak oleh pelajar- nasi jagung, ayam masak merah, kari ayam kampung- he bestnya, tahun depan jumpa lagi, kalu masih ada kat CIQ

Ust Mokthar
MAKDIS 2010

HERBA PENAWAR AL-WAHIDA [HPA]

HARAPAN KEPADA ALLAH [HPA]







PROFIL HPA
• Memimpin indutsri herba di Malaysia dari segi pengeluaran yang inovatif, berdaya maju, dan berwawasan.
• Memberi keutamaan terhadap program peningkatan dan pembangunan usahawan.Memimpin indutsri herba di Malaysia dari segi pengeluaran yang inovatif, berdaya maju, dan berwawasan.
• Memberi keutamaan terhadap program peningkatan dan pembangunan usahawan.
.: Objektif Syarikat :.
• Menjadi pengusaha No. 1 dan penjual produk herba Muslim di seluruh Malaysia.
.: Motto Syarikat :.
” PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA “
.: Visi Syarikat :.
HPA
komited mewujudkan rangkaian produk herba sebagai satu kaedah rawatan yang berkesan.
HPA
komited menjadi pengeluar dan pemasar produk halal melalui jaringan MLM Syariah di negara ini.
HPA
komited membentuk usahawan yang dinamik, progresif dan berwibawa.
.: Misi Syarikat :.
HPA
memberi keutamaan mempelbagaikan lagi rangkaian produk-produk herba dan juga program penyelidikan yang berupaya meningkatkan lagi mutu keluaran yang berkesan dan dapat membantu melegakan jenis-jenis penyakit yang dialami.
HPA
juga memberi keutamaan mempelbagaikan keluaran produk-produk halal bagi tiga produk utama iaitu makanan kesihatan, kosmetik dan barangan keperluan harian.
HPA
menyedia dan memberi kemudahan bagi usahawan untuk terus mengembangkan pengetahuan dan memantapkan lagi perniagaan ke arah kejayaan diri, keluarga, dan masyarakat.
Profil Syarikat
Syarikat ini telah diasaskan oleh Tuan Hj. Ismail bin Hj. Ahmad yang berasal dari Kg. Mata Ayer, Perlis pada bulan September 1987 secara kecil-kecilan yang ketika itu dikenali dengan nama Perubatan Tradisional Al Wahida. Selepas 8 tahun beroperasi, berbekal warisan peninggalan nenek moyang, HPA Industries Sdn. Bhd. pun ditubuhkan pada 15 hb Julai 1995.
Pengalaman HPA pada masa lalu mampu mencatat sejarah kejayaan dan bertahan sehingga kini. HPA merupakan perniagaan yang penuh dengan potensi, pencapaian dan kecemerlangan. Tujuan utama penubuhan syarikat ini ialah untuk memberi pendedahan mengenai perubatan herba tradisional sebagai satu rawatan alternatif kepada masyarakat, bukan sahaja memberi kesihatan yang terjamin malahan dapat mengecapi kemakmuran dan memperkayakan kehidupan.
HPA Industries Sdn. Bhd diasaskan oleh seorang anak tani yang berpengalaman luas dalam bidang herba di Malaysia. Beliau yang dimaksudkan ialah Tn. Hj. Ismail bin Ahmad selaku pemilik syarikat memegang jawatan sebagai Pengarah Urusan 1.
Pekerja di Kilang HPA, Kuala Perlis sentiasa menjaga standard “GMP”nya.Kini seramai 1800 orang
Kini, HPA Industries Sdn Bhd memiliki empat buah kilang yang serba moden dan mengusahakan ladang-ladang herba Rossele, Pegaga, Misai Kucing, Jagung, Serai, Pisang dan ternakan Ayam,itik, lembu dan Kambing Organik seluas 500 ekar untuk memastikan bekalan herba yang mencukupi.
Kilang syarikat HPA terletak di alamat
1)B1 & B2, Lot 29, Jalan Industri, Kawasan Perindustrian Kuala Perlis, Perlis dibawah skim Bank Pembangunan Malaysia.
2)Lot 5 & 6, Kawasan MIEL Jejawi Fasa II, Jalan Jejawi Sematang, Perlis,
3)Lot 1 & 2, IKS KEDA Napoh, 06100 Jitra, Kedah.
4)Kilang Cola Radix, Kaw.Perindustries Sg.Lalang, Sg.Petani Kedah
5)Kilang Kopi Radix, SME Bank Lok Kawi Kota Kinabalu, Sabah
6)Kilang Air Mineral HPA,Batu 14 Jalan Kuala Nerang, Pokok Sena Kedah.
7)Kilang Baja Organik, Bukit Tembaga, Padang Terap Kedah
Kini Jumlah pekerja kilang HPA melebihi 1000 orang.
Keutamaan pelanggan sememangnya menjadi amalan pihak pengurusan. Untuk menjamin organisasi yang berdaya maju, beberapa bahagian yang diketuai pengurus-pengurus terlatih, telah diwujudkan. HPA Industries Sdn Bhd diterajui oleh Pengarah Urusan 1, dibantu oleh seoarang Pengarah Urusan 1 dan 4 orang Pengurus Besar iaitu :-
1. Pengurus Besar Al Wahida Marketing Sdn Bhd
2. Pengurus Besar R @ D
3. Pengurus Besar Sistem Pengurusan Maklumat MIS
4. Pengurus Besar Akaun
Serta 6 Penolong pengurus Besar
Untuk melicinkan urusan perjalanan syarikat, beberapa Pengurus, Penyelia dan juga Eksekutif dilantik iaitu:-
1. Pengurus HPA Industries Sdn. Bhd
2. Pengurus Pembelian
3. Pengurus Pinjaman
4. Pengurus Zon Utara
5. Pengurus Zon Tengah
6. Pengurus Zon Selatan
7. Pengurus Zon Timur
8. Pengurus Zon Luar
9. Pengurus HPA Food & Beverage Sdn. Bhd
10. Pengurus Akaun HPA Industries Sdn. Bhd
11. Pengurus Akaun Al Wahida Marketing Sdn. Bhd
12. Pengurus Pentadbiran
13. Pengurus Jabatan Kawalan Kredit (JKK)
14. Pengurus Sumber Manusia
15. Pengurus Pembangunan & Pengangkutan
16. Pengurus Latihan & Promosi
17. Pengurus Bahagian Kopi Radix
18. Pengurus Bahagian Kopi O
19. Pengurus Penyelidikan & Pembangunan (R&D)
20. Pengurus Sistem Pengurusan Maklumat (MIS)
21. Pengurus Bahagian Stor (Kuala Lumpur)
22. Pengurus Bahagian Sabun
23. Pengurus Bahagian Kosmetik
24. Pengurus Bahagian Kordial
25. Penyelia Bahan Mentah
26. Penyelia Bahagian Kit Niaga
27. Penyelia Bahagian Stor
28. Penyelia Bahagian Biskut
29. Penolong Pengurus Pentadbiran
30. Penolong Pengurus Sumber Manusia
31. Penolong Pengurus Bahagian Kapsul
32. Eksekutif IT
33. Eksekutif Pembelian
34. Eksekutif Latihan
35. Eksekutif Pegawai Pendaftar
36. Eksekutif Kualiti
Rantau Asia Tenggara dengan hutan tropika khatulistiwa sememangnya kaya dengan tumbuh-tumbuhan herba. Sejak turun-temurun lagi, pemakanan herba telah pun menjadi amalan untuk mengatasi segala masalah kesihatan.
Hidup sihat berasaskan herba kini memasuki era moden. HPA Industries telah berjaya menggabungkan produk-produk herba secara komersil. Sehingga kini, 81 produk telah pun dipasarkan dan banyak lagi akan dilancarkan pada masa akan datang. HPA Industries Sdn Bhd menitikberatkan kualiti dan proses pengeluaran yang menjamin mutu produk sentiasa konsisten.
Bekalan bahan herba seperti pegaga diusahakan sendiri di ladang-ladang milik syarikat. Pengawasan yang rapi diberi terhadap bahan utama ini untuk menjamin mutu keluaran yang tinggi. Semua bahan herba lain juga melalui kawalan mutu yang ketat dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.
Penggabungan aspek Islam dalam proses pembuatan, meningkatkan lagi keikhlasan terhadap tugas-tugas menyediakan herba rawatan untuk manusia.
HPA telah membuka beberapa cawangan di semua negeri bagi memastikan proses pemindahan maklumat dapat disalurkan dengan sempurna dan semua pelanggan dapat membeli produk dengan senang dan cepat. Antara aktiviti yang berlaku di peringkat cawangan adalah penjualan produk disamping penyebaran maklumat produk melalui initiatif seperti broshur, pamplet, flyers dan kursus mingguan yang dianjurkan. HPA mensasarkan penambahan cawangan di seluruh negeri sebanyak 150 cawangan sehingga JUN tahun 2009. Buat masa ini cawangan HPA yang sedia ada adalah sebanyak 70 buah cawangan.Termasuk 5 Cawangan Di Indonesia dan 1 Di Brunai. Stok AGEN kini lebih dari 1200 Orang. Dengan keahlian perniagaan MLM lebih 500,000 orang
“Sekiranya Mereka Tahu Khasiat Herba Kita, Nescaya Mereka Akan Tukarkan Dengan Ketulan Emas”
- Tn Hj Ismail b Hj Ahmad











UST MOKTHAR CIQ
05 JUN 2010/KSAB
NO AHLI 632534