Saturday, February 27, 2010

PEMERGIAN KERAHMATULLLAH DATOK TN HJ CHE HUSIN BIN DAUD

Pada Isnin, 22 Februari, Jam lebih kurang 3.53 ptg saya menerima miss call dari ayah di kampung, aku masih sibuk menguruskan pelajar dalam acara akhir sebelum sukan, terkejut, timbul persoalan, kenapa jam begini ada call dari ayah di kampung, tidak pernah waktu begini ayah menelefon dari kampung, aku terus dail balik, line sibuk, aku terus dail no ayah, ada call masuk, tertera nama mak su masni, Che Husin meninggal, suara mak su menjelaskan tadi, ayah dah call, tapi tak jawab, tadi sibuk kat padang, bila nak kebumikan, tak tahu lagi, cakap mak su, ayah ada kat rumah lagi, tadi balik sekejap, nak makan, dari tengahari ayah tak makan lagi, aku terus call ummi, tak ada jawapan, ummi kat dapur, ummi baru balik dari sekolah, nak masak untuk anak dan nak buat buka puasa, hari ni uummi puasa.

Abah nak balik malam ni, Che Hussin meninggal sekejap tadi, aku cakap kat ummi, ummi terkejut, nak balik dengan apa, sekejap nak call keretapi/bas, mungkin ada tiket sebab la ni tengah minggu.

Petang tu, En Zul Kastam hantar kat stesen keretapi api Kempas Baru, naik kereta api, nak naik kapal terbang, rumit juga kena transit kat KL, lambat juga, tadi ayah calla nak simpan malam ni juga lebih kurang jam 1000 malam, tak pa lah nak balik juga, meraikan saudara mara kat kampung.

Pagi selasa sampai di Tanah Merah kul 8 pagi, adik Azeman tolong ambil, dia sampai kul 6 pagi tadi, KL ke Kel cepat sikt, badan terasa bisa2, malam tadi teruk sangat dihanyung oleh keretapi, dapat tempat tidur bhgian atas belakang sekali, azab betul rasa badan.

Akhirnya aku doakan semoga Allah SWT menempatkan roh Allahyarham Datuk ku Tn Hj Hussin bin Daud ditempat yang mulia bersama para solihin, amim.

Thursday, February 25, 2010

MENGHAYATI SUNNAH RASULULLAH SAW MENYELAMATKAN UMMAH



Junjungan kita Nabi Muhammad saw telah meninggalkan kita 1421 yang lampau, namun Baginda terus dingati dan syariat yang dibawa sentiasa dijunjung oleh ummah yang ingin selamat hidup di dunia dan di akhirat.

Rasulullah SAW tidak meninggalkan kita harta yang melimpah, emas yang bergunung tetapi yang ditinggalkan kita ialah dua KHAZANAH yang tidak ternilai harganya untuk kita amal dan hayati di dunia ini iaitu Kalamullah[al-Quran] dan Hadis [Sunnah], sekiranya kita umat Islam menjadikan kedua-dua khazanah ini sebagai sumber rujukan naschaya kita sentiasa berada dalam perlindungan Allah SWT, namun hikakatnya kedua-dua harta yang ditinggalkan ini sudah ditinggalkan oleh umat Islam, mereka tidak beramal dengan al-Quran dan as-Sunnah dalam kehidupan ini.

Semoga dengan semangat sambutan Maulidur Rasul yang kita sambut pada hari ini[12 Rabiul Awal 1431H bersamaan 26 Februari 2010M], kedua-dua harta peninggalan Baginda Rasulullah SAW ini kita dapat amalkan dan hayati dalam segenap kehidupan kita.

MERTABATKAN SYARIAT ALLAH DAN AMALKAN SUNNAH RASULULLAH SAW DI BUMI ALLAH YANG SEMENTARA INI.

MOKTHAR/CIA/KSAB.
JUMAAT/12 RABIULAWAL 1431H.