Saturday, November 14, 2009

SOLAT HAJAT PERDANA PMR DAN SPM 2009






Majlis Bacaan Yaasin dan Solat Hajat Perdana Calon PMR/SPM merupakan program tahunan yang menjadi program rutin tahunan SMKKSAB, saban tahun program ini dilaksanakan oleh Majlis Kegiatan Dakwah Islamiah, SMKKSAB.

Program ini dilaksanakan di Masjid Abu Hurairah,KSAB, bermula dengan bacaan zikir munajat mulai jam 6.45 ptg dan diikuti dengan solat sunat maghrib serta bacaan surah Yaasin, selepas solat Fardhu Isyak, solat Taubat dan solat Hajat dilakukan secara berjemaah yang disertai oleh semua calon PMR dan SPM serta ibubapa calon yang hadir.

Selepas solat hajat majlis ucapan daripada YDP PIBG iaitu En Muty bin Othman dan diikuti dengan amanat dan pesanan dari Tuan Pengetua Pn Hjh Habibah bt Dol. Pn Hjh Habibah dengan tidak jemu-jemu berpesan dan sampaikan amanat kepada calon PMR dan SPM supaya calon-calon sentiasa bersedia bagi menghadapi peperiksaan yang bakal pelajar ditempohi nanti.

Majlis ditutupkan dengan program "TITISAN KASIH" yang menyentuh hati ibubapa dan penjaga yang hadir, para ibubapa dikehendaki duduk bersama anak-anak masing bagi memberi pesanan dan amanat serta membaca doa untuk melembutkan hati iaitu doa Nabi Daud a.s, akhirnya ibubapa/penjaga menyuapkan beberapa biji kismis dan memberi minum air solat hajat kepada anak-anak masing.

Diharapkan program ini mendatangkan impak yang positif kepada diri pelajar dan juga ibubapa/penjaga yang hadir.



Di antara objektif program ialah:

OBJEKTIF :

i. Memohon kehadrat Ilahi diatas kejayaan murid dalam PMR/SPM.
ii. Menjalin hubungan silaturahim dikalangan guru-guru dan ibubapa/penjaga
murid PMR/SPM.
iii. Memberi keyakinan kepada murid-murid bagi menghadapi PMR/SPM/
iv. Membiasakan murid-murid dengan amalan membaca al-Quran dan solat-solat
sunat.


SASARAN

i. Calon-calon PMR dan SPM 2009.
ii. Ibubapa/penjaga
iii. Guru-guru SMKKSAB.

Ibn Shari al-Kelantani
CIQ/2009

0 comments: