Monday, September 20, 2010

SELAMAT BERJUANG PUTERAKU MUHAMMAD IMMADUDDIN





Di tanah kat Tanah Merah yang bakal didirikan rumah bulan disember ni.



Di masjid Kg Rong Chenok, selepas solat raya eidul fitri



Hari ini merupakan hari pertama puteraku Muhammad Immaduddin berjuang dalam alam peperiksaan yang besar, UPSR adalah langkah pertama anak-anak di sekolah kebangsaan dinilai tahap akademik mereka, beberapa bulan lalu ada cadangan UPSR dan PMR akan dihapuskan, perbincangan meja bulat masih lagi mencari jalan penyelsaiannya. Diharapkan pihak-pihak tertentu dapat mencari jalan penyelsaian yang terbaik untuk generasi akan datang. Jangan jadi seperti PPSMI yang sudah satu dekat dilaksanakan barulah sedar bahawa dasar itu sangat merugikan anak-anak melayu khususnya yang tinggal di luar bandar.

Doa Abah buat Muhammad Immaduddin semoga dapat menduduki UPSR dengan suasana penuh kondusif yang terbaik dan ahkirnya diharapkan cita-cita Imad dan Ummi dan Abah tercapai.
Insyallah kalau diizinkan Allah SWT tahun depan Imad Abah akan hantar ke pusat tahfiz, tujuan Abah dan Ummi untuk menjadikan Immad seorang yang Hafiz yang berjaya di dunia dan akhirat. AMIN.

Sunday, September 19, 2010

SELAMAT MENDUDUKI UPSR BUAT MUHAMMAD IMADUDDIN




Anakku yang ketiga Muhammad Immaduddin akan menduduki UPSR pad selasa ni 21, doa ku semoga Imad berjaya dengan cemerlang dalam UPSR nanti, semoga Imad menjadi anak yang bertakwa dan tercapai hasrat disebalik nama IMMADUDDIN.. Allahu Akhbar.. september

SELAMAT HARI RAYA EIDUL FITRI 1431H/2010M



Sempat menziarahi Kubur arwah ibu yang disayangi Tinara bt Zakaria yang telah meninggal tahun 1967 [41 tahun yang lalu].

Agak lama saya tak menjengok blog ku ni, sibuk sangat agaknya, ramadhan sebulan ternyata masa berlalu begitu laju, tak sempat nak aktifkan blog ni. bayak ana habiskan dengan facebook, mencari kawan lama, seronok dapat jumpa kawan-kawan lama, tu le yang tak ambil tahun dengan blog ni.

Walaubagai mana pun pada kesempatan ini ana ingin mengucapkan selamat hari raya eidul fitri 1431, maaf zahir dan batin..

Tuesday, August 03, 2010

KURSUS PBC HP DI TS HOTEL PASIR GUDANG



Peserta PBC 31 julai dan 01 ogos 2010 di TS Hotel Pasir Gudang.

Pada 31 julai dan 01 ogos 2010, saya telah menghadiri kursus HPA kali ke 2 di TS Hotel, PAsir Gudang, sama saja pengisian kali pertam dulu, cuma tambahan yang baru saya dapat tentang Halal dan haram tanggungjawab bersama yang disampakan oleh PJS Ust Syed Salahuddin abang kepada Syed Ageel.

Penat badan dibuatnya, pengisisn penuh sepanjang dua hari.

PLX Mokthar Shari

Wednesday, July 28, 2010

PROGRAM KECEMERLANGAN PI PMR SIRI 2/2010



Ustaz Mokthar sedang menyampaikan ceramah teknik menjawab soalan PI PMR



Pelajar-pelajar tekun mendengar ceramah teknik menjawab soalan PI PMR yang disampaikan oleh ustaz mokthar yang diadakan di Surau lelaki SMKSKAB.


Pelajar-pelajar lelaki sedang berbengkel, nampak seronok je, ke buat-buat seronok, semoga kalaian semua berjaya dgn cemerlang,


Bengkel teknik menjawab soalan, kelihatan Ust Mokthar sedang menmantau perjalanan bengkel.


pelajar sedang berbengkel dan dibimbing oleh kakak-kakak Fisi


Kenangan bersama fisi Program Kecemerlangan PI PMR siri 2/2010.


Kakak-kakak Fisi dari tingkatn 4 sains bersama Ustazah Zuraihan

Panitia Pendidikan Islam SMKKSAB telah mengadakan satu Program Kecemerlangan PI PMR Siri 2/2010 pada 28 Julai 2010, [Rabu] jam 02.30 ptg hingga 04.30 ptg, program ini ada siri yang kedua pada tahun ini.

Antara tentatif prgram ialah:

02.30 hingga 03.30 ptg Ceramah teknik yang disampaikan oleh Ust Mokthar bin Shari, ketua panitia PI yang merupakan GC PI di SMKKSAB. pada jam 03.30 hingga 04.30 ptg diadakan bengkel, pelajar dipecahkan kepada 14 kumpulan yang dibimbing oleh Fisi kakak angkat mereka dari tingkatan 4 sains.

Satu taklimat fisi telah diadakan semasa rehat jam 10.00 pagi di bilik Tarbiyyah Islamiah.

Hasil dari pemerhatian saya semasa bengkel diadakan,pelajar nampak seronok dan pada dasarnya program ini berjaya m,encapai objektifnya, tahniah kepada ustazah zuraihan yang sentiasa memberikan kerjasama dalam aktiviti yang dijalankan, begitu juga tahniah dan syabas diucapkan kepada kakak-kakak tingkatan 4 sains yang banyak membantu adik-adik tingkatan 3 T dan 3G, doa ustaz semoga kalian semua beroleh kejayaan yang cemerlang dalam percubaan nanti begitu juga dalam PMR yang sebenar nanti, amin.

Ustaz Mokthar bin Shari
GC Pendidikan Islam,
SMKKSAB.

Saturday, July 24, 2010

SETIAP YANG BERNYAWA PASTI AKAN MATI


Ustaz Rashidy Jamil sedang menyampaikan kuliah subuh berkenaan KEMATIAN


Jemaah sedang khusyuk mendengar kuliah yang disampaikan oleh ust Rashidy

Setiap yang bernyawa pasti akan menghadapi kematian, itulah maksud ayat yang dibaca oleh Yg Bhg. Ust Hj Rashidy Jamil Muhammad Arrashid bagi memulakan kuliah subuh di Masjid Abu Hurairah pagi tadi, mulanya saya menjangkakan setengah jam beliau akan berkuliah tetapi bila lihat jarung jam, ternyata satu jam ustaz bercakap berkenaan kematian tapi rasanya seperti setengah jam saja, setiap patah cakap beliau penuh dengan kata hikmah dan pandangan dari pelbagai ulamak dan dalil al-quran dan hadis rasulullah saw.

Sesungguhnya terus terang saya katakan sangat berbaloi saya menguruskan kehadiran Ustaz Rashidy ke masjid pada pagi tadi, walaupun terlewat kerana baru sampai jam empat pg tad di JB, tapi hebatnya, ustaz yang ingin menyampaikan hajat jemaah masjid Abu Hurairah sanggup datang disubuh hari, penat tidak terkira memandu sepanjang malam, itulah dia pejuang Islam, tugas dai terus dipikulnya, tidak mengira penat dan lelah, semoga ustaz diberi kekuatan dan kesihatan oleh ALlah SWT untuk terus berdakwah menegakkan kebenaran Ilahi.

Berbalik kita dengan kuliah subuh ustaz tadi, kupasan yang diberikan oleh ustaz sangatlah mengembirakan kami ahli jemaah masjid, semoga jemaah yang diberi kekuatan oleh Allah untuk hadir pagi tadi sudah faham dan dapat mengingati kematian, kerana umat sekarang ini sudah tidak ingat kepada mati, sebab itu kita lihat kebanyakan masjid kosong saja bila waktu solat, lebih-lebih lagi solat subuh, mereka tidak tahu kehebatan umat Islam akan terserlah dan akan digeruni oleh bangsa Yahudi bila jemaah solat subuh seramai solat jumaat.


Ustaz Rashidy sedang menyampaikan kuliah subuh


Bila saya mendengar ceramah ustaz semasa Program Tafaquh Ilmi tahun lepas di Seri Malaysia Larkin, saya sudah memasang niat suatu hari saya akan membawa Ustaz Rasidy ke Masjid Abu Hurairah, saya bersyukur kehadrat Ilahi hajat saya dimakbul oleh Allah swt, walaupun pada perancangannya pihak Jabatan Mufti bersetuju untuk menghantar Ustaz Rashidy semasa solat maghrib, tapi perancangan kita tidak sama dengan perancangan ALlah, tetapi saya sanngat bersyukur kerana dapat juga Ustaz datang ke masjid kami, insyaallah lain kali kami akan jemput lagi.

CIQ/KSAB.
Subuh 24 Julai 2010.

Sunday, July 18, 2010

PROGRAM PENGUKUHAN IBADAH SOLAT 2010


Ustaz Mokthar sedang menyampaikan ceramah sempena Majlis SAmbutan Israk Wal Mikraj di Masjid Abu Hurairah dan majlis penutup Program Pengukuhan Ibadah Solat 2010.


Peserta Program pengukuhan solat bergambar bersama Naqib dan Naqibah


Ust Mokthar menyampaikan ceramah tentang ibadah solat semasa hari pertama program pengukuhan di Masjid Abu Hurairah.


Peserta mengambil wuduk dan diperhatikan oleh peserta yang lain.



Bimbingan rakan sebaya berkenaan bacaan dalam solat


Amali solat semasa program pengukuhan solat


Peserta yang terpilih menerima anugerah MARJAN yang disampaikan oleh Pn Hjh Habibah bt Dol, Pengetua SMKKSAB

Program Pengukuhan Ibadah Solat yang dicadangkan oleh SPI JPNJ kepada murid-murid terpilih di sekolah Negeri Johor ini telah memberikan Impak yang positif kepada murid yang terlibat, walaupun perlaksanaan program ini mempunyi sedikit kekangan dari segi masa dan tenaga guru semasa menjalankanya tetapi kesan positifnya sangatlah baik. Setiap hari GPI hendaklah memantau solat murid terlibat, ini menyedarkan pelajar yang menyertai program ini hakikatnya dirinya dipantau oleh orang lain tentang ibadah mereka, walaupun ada lagi petugas yang menjalankan tanggungjawab ini iaitu malaikat yang sentiasa menulis amalan kita.

Adalah diharapkan kepada murid yang telah terpilih ini terus mendirikan ibadah solat yang diwajibkan ini walaupun program sudah tamat, pemantauan seharusnya dilakukan oleh GPI bagi memestikan anak-anak didik kita sentiasa melaksanakan perintah Allah yang sangat penting ini.



Ust Mokthar bin Shari.
Penyelaras MAKDIS
SMKKSAB.

Thursday, June 17, 2010

BERTOLAK PULANG KE JOHOR BAHRU






Semasa kami bercuti di Pantai Sepat Kuantan

Setelah seminggu lebih bercuti ke kampung, kami sekeluarga bertolak semula ke Johor, pulang ke CIQ, Gelang Patah, pada jam 11.00 pagi kami bertolak dari rumah ayah di kampung Rong Chenok, Pasir Mas, singgah makan tengah hari di Restauren Tepi Sungai di Tanah Merah, ianya menjadi tempat persinggahan makan semasa balik kampung atau pulang ke JB, anak-anak seronak makan di tempat ini kerana banyak lauk disediakan.

Hari ini kami makan durian, dah beberapa hari saya cari durian kat pasar tapi tak ada, itulah istemewanya restauren ini, bukannya lauk saja yang banyak tapi pelbagai disert disediakan, pulut durian pun ada. Mulanya, tadi berhajat nak makan pulut durian dengan santan, tapi dah terlalu kenyang, makan juga beberapa ulas durian bersama anak-anak.

Plan awal nak singgah bermalam di Tanggol rumah arwah bapa/mak mertua, tapi bila dah fikir dan tanya isteri dan anak-anak buat keputusan teruskan perjalanan ke JB je, rugi masa je singgah sana, singah sini. Tetapi selepas Kuala Berang kakak Ipar di Indera Mahkota call suruh kami bermalam saja di rumahnya. Kami sampai di Indera Mahkota jam 0630 petang, elok lah bermalam di sini, kak mak Teh kepada anak-anak, berehat je besok pagi teruskan perjalanan ke CIQ JB. Itulah yang dikatakan ketentuan Allah SWT tidak sama dengan perancangan manusia, Qadar dan Qada Allah kepada makhluknya.




Semoga Allah SWT menyelamatkan kami sekeluarga sampai di CIQ esok.

Ust Mokthar dan family.
0840 malam
Indera Mahkota.

Wednesday, June 09, 2010

PERCUTIAN DI INDRA MAHKOTA KUANTAN [08 HINGGA 10 JUN 2010]




08, 09 dan 10 Jun 2010, Indra Mahkota Kuantan-Percutian transit kat Indera Mahkotan sangat menyeronakkan, khasnya anak-anak, dapat mandi kat Kolam Kelab Sukan Indera Mahkota dan petang pulah kami buat rehlah ke Pantai Sepak menghala ke Pekan, dapat mandi, bakar ikan, udang dan sotong, sedapnya, ingat nak bakar ikan yang dipancing oleh Ayah Teh kata Imad tapi....., apa jadi ya.. lain kali lah Irsyad kita mancing iansya Allah kalu ada rezeki dapat ikan, lepas itu kita bakar... sedap.. makan ikan fresh...



Sedapnya kepah fresh yang dibakar, tadi anak-anak menunjukan kepakaran mencari kepah kat pantai.



Anak-anak sedang asik mencari kepak, masing-masing jaga pakaian, tapi lepas ini apa akan jadi dengan pakaian mereka....



Han, kan tadi dah cakap, tak sanggup lihat orang lain menikmati air laut... apa lagi terus berendam lah mereka...



Seronaknya anak-anak mandi dan bermain di tepi pantai sepak, masing-masing tak puas mandi, lain kali nak datang lagi..



Dua anak dara [kedua-dua anak sulung dalam keluarga], Along bakal jadi bisnes dalam komputer dan Kak Long Afiqah bercita-cita nak jadi Jurutera insyalah semoga Allah capaikan cita Makbulkan doa abah dan Ummi serta keluarga.



Kak Long Afiqah menunjukkan kepakaran memancing, bila nak dapat ikan ni, kalu dapat kak long nak terus bakar, sedapnya, fresh lagi..



Sedang bakar, kepah yang dicari oleh anak-anak kat pantai tadi, sedap sangat fresh, bakar ikan, udang dan sotong bukan tangkap tapi kami beli kat pasar Kuantan tadi, nasib baik beli, mancing tak dapat ikan lagi.




Izzuddin, Imad, Irsad, Irfan sedang seronak mandi di kolam


Kak Aisyah dan Adik Isham seronak mandi kolam




Anak-anak mandi di Kolam Kelab Sukan di Indra Mahkota Kuantan- Seronak sangat anak-anak mandi.

Tuesday, June 08, 2010

SELAMAT SAMPAI DI INDRA MAHKOTA KUANTAN

Kami singgah dalam dua hari, mungkin akan bertolak ke Ganu hari khamis dan akan balik ke Pasir Mas, Kelantan rumah ayah.

Percutian kali ini masa banyak duk atas jalan je, singgah sana, singgah sini, tak pe le, lepaskan stress kerja,

Petang sok janji dengan Abg Mei nak gi mancing kat tepi laut, bawa anak-anak, dah lama janji dengan anak-anak nak gi mancing.

Setelah hampir 6 jam penat memandu Innova JLP304 kesayangku bersama Family, ana dan keluarga selamat sampai di Indra Mahkota di Kuantan rumah Abang Ipar [saya punya Biras] di perumahan Bomba Indra Mahkota, kami sampai jam 0540 ptg.




Ana dan Isteri semasa di Pantai Teluk Cempedak




Abang Mei dan Kak Ani



Sunday, June 06, 2010

KEIKHLASAN HATI INSAN BERTUHAN



Assalamualaiikum wtw.

Pada kesempetan ini ana cuba untuk berkongsi sedikit ilmu dari lautan ilmu berkenaan Ilmu Tasawuf, sudah dua hari ana bercengkam mata dan habiskan masa untuk menanda kertas jawapan pelajar 2 terbilang dan 2 gemilang, alhamdulillih, dah siap isyallah dalam kul 9 nanti nak hantar ke sekolah, hari tu nak email, tapi terlupa nak ambil addres email yang dicadang oleh Cikgu Zaki s/u peperiksaan dalaman, mungkin juga lepas ni nak sms kat zaki minta alamat email yang cadangkannya.

Tapi ingat nak kena gi juga ke sekolah sebab nak hantar borang prestasi dan skt yang diminta oleh Pn Hjh Harlina.

Lepas subuh tadi ana, ana terbuka buku berkenaan Ilmu Tasawuf yang ana beli dengan Ust Rasidi Jamil semasa dia datang di Seri Malaysia tahun lepas, buku tulisan Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri, ianya tak perlu diperkenalkan lagi, sudah tersohur diseluruh Malaysia, itu pun bagi mereka yang mengikuti perkembangankeilmuan Islam, tapi bagi mereka yang langsung tak peduli tentang keislaman, mungkin tak taun siapa dia Di Zulkifli, itulah hakikat dunia akhir zaman, kalu tanya tentang siapa dia artis yang itu, dan yang ini semuanya boleh bagitahu.

Ana tertarik tentang Ilmu Tasawuf ini, dulu pernah belajar semasa di UKM denagn Dr Mudassir, dah lama tu hampir 13 tahun yang lampau, ingat nak cuba mendalami keilmuan ini semula, mudah-mudahan dengan umur yang sudah nak setengah abad ini, dapat mempertingkatkan takarub kepada Allah SWT.

Buku karangan dr Zulkifli al-Bakri ini berjudul "SOAL JAWAB A-Z TENTANG TASAWUF", rasanya elok bagi Insan yang ingin mengetahui keilmuan ini dapatkan buku ini sebagai panduan harganya RM 26.00 yang dikeluarkan oleh Telaga Biru.


Isnin 07 Jun 2010.
MOS/CIQ

Saturday, June 05, 2010

IHYA' JUMAAT MELAHIRKAN MODAL INSAN CEMERLANG

<IHYA' JUMAAT MELAHIRKAN MODAL INSAN CEMERLANG



Tazkirah Program Ihya' Jumaat.



Klinik Iqra'





Pada tahun lepas pihak sekolah telah menghantar bahan untuk penanugerahan INOVASI Jabatan Pendidikan Negeri Johor. melalui program "IHYA JUMAAT MEMBINA MODAL INSAN CEMERLANG"

Lama juga menunggu keputusannya, ingat sudah tak ada apa cerita lagi, tapi bersyukur kehadrat Allah SWT kerana program yang dihantar telah mendapat pengingtirafan dari pihak JPNJ,

Setakat ini program ini sudah mendapat dua pengintirafan peringkat JPNJ, yang pertama mendapat anugerah Khas "MESRA MASJID" dan yang terbaru ialah "ANUGERAH INOVASI JABATAN PELAJARAN JOHOR"





Sijil Anugerah Inovasi JPNJ 2009


a href="http://4.bp.blogspot.com/_1Kc-A59MJ5Q/TAspB-9LvjI/AAAAAAAAAPE/Q_GSawPgUSg/s1600/IMG_0002.jpg">

SIJIL ANUGERAH KHAS MESRA MASJID 2008





Semoga Anugerah ini boleh mencetuskan semangat baru dalam menjalankan misi dakwah kepada warga SMKKSAB dimasa akan datang.

Ust Mokthar ciq
06 Jun 2010

Friday, June 04, 2010

KEM KEROHANIAN DAN AMALI SEMBELIHAN



Taklimat dan Kuliah Dudha berkenaan dengan sembelihan







1.0 PENDAHULUAN

Kem Kerohanian dan Amali Sembelihan merupakan satu program bagi memberi pengukuhan kepada pelajar tingkatan 4 berkenaan menguruskan majlis dan amali sembelihan, kerana bahagian sembelihan adalah tajuk yang wajib dipelajari oleh setiap pelajar, program ini diadakan oleh Panitia Pendidikan Islam dan MAKDIS sekolah untuk memberi pendedahan kepada para pelajar dalam aspek sembelihan yang sudah dilupakan oleh kebanyakaan umat Islam hari ini.


2.0 MATLAMAT

Bagii melahirkan pelajar yang berakhlak mulia dan bersahsiah terpuji dan dapat mengetahui kaedah sembeliah mengikut syariat Islam.

3.0 OBJEKTIF

Di antara objektif Program Khemah Ibadah ialah :

1. Melahirkan pelajar yang mencintai dan mentaat perintah Allah SWT dengan melakukan ibadah wajib ataupun sunat.
2. Mendedahkan teknik sembelihan yang betul dengan mengaplikasikan teori yang dipelajari dalam kelas dengan praktikal sebenar
3. Mengeratkan hubungan silatulrahim di antara rakan-rakan.
4. Memupuk sikap bertanggungjawab kepada setiap diri pelajar dengan tugas yang telah diamanahkan.




4.0 NAMA PROGRAM

KEM KEROHANIAN DAN AMALI SEMBELIHAN

5.0 ANJURAN

Majlis Kegiatan Dakwah Islamiah [MAKDIS]

6.0 SASARAN

1. Pelajar Tingkatan 4 Sains 18 orang
2. Pelajar Tingkatan 4 Ikhtisas 28 orang
Jumlah 46 orang

7.0 TARIKH DAN MASA
22 Mei 2010 (Sabtu Masa 08.00 Pagi hingga 02.00 petang

8.0 TEMPAT

Masjid Abu Hurairah, KSAB.

9.0 PENGISIAN

1. Taklimat program.
2. Solat Sunat Duha
3. Kuliah Duha berkenaan sembelihan [halal dan haram]
4. Sarapan pagi.
5. Amali sembelihan
6. Gotong royong masak
7. Solat Fardhu Zohor Berjammaah Berjemaah
8. Makan Tengahhari
9. Gotong royong kebersihan.




Pelajar sedang membersihkan bulu ayam






Pelajar-pelajar menikmati jamuan yang dimasak oleh mereka



Antara tetamu yang hadir dan sedang menikmati jaudah yang dimasak oleh pelajar- nasi jagung, ayam masak merah, kari ayam kampung- he bestnya, tahun depan jumpa lagi, kalu masih ada kat CIQ

Ust Mokthar
MAKDIS 2010