Saturday, July 24, 2010

SETIAP YANG BERNYAWA PASTI AKAN MATI


Ustaz Rashidy Jamil sedang menyampaikan kuliah subuh berkenaan KEMATIAN


Jemaah sedang khusyuk mendengar kuliah yang disampaikan oleh ust Rashidy

Setiap yang bernyawa pasti akan menghadapi kematian, itulah maksud ayat yang dibaca oleh Yg Bhg. Ust Hj Rashidy Jamil Muhammad Arrashid bagi memulakan kuliah subuh di Masjid Abu Hurairah pagi tadi, mulanya saya menjangkakan setengah jam beliau akan berkuliah tetapi bila lihat jarung jam, ternyata satu jam ustaz bercakap berkenaan kematian tapi rasanya seperti setengah jam saja, setiap patah cakap beliau penuh dengan kata hikmah dan pandangan dari pelbagai ulamak dan dalil al-quran dan hadis rasulullah saw.

Sesungguhnya terus terang saya katakan sangat berbaloi saya menguruskan kehadiran Ustaz Rashidy ke masjid pada pagi tadi, walaupun terlewat kerana baru sampai jam empat pg tad di JB, tapi hebatnya, ustaz yang ingin menyampaikan hajat jemaah masjid Abu Hurairah sanggup datang disubuh hari, penat tidak terkira memandu sepanjang malam, itulah dia pejuang Islam, tugas dai terus dipikulnya, tidak mengira penat dan lelah, semoga ustaz diberi kekuatan dan kesihatan oleh ALlah SWT untuk terus berdakwah menegakkan kebenaran Ilahi.

Berbalik kita dengan kuliah subuh ustaz tadi, kupasan yang diberikan oleh ustaz sangatlah mengembirakan kami ahli jemaah masjid, semoga jemaah yang diberi kekuatan oleh Allah untuk hadir pagi tadi sudah faham dan dapat mengingati kematian, kerana umat sekarang ini sudah tidak ingat kepada mati, sebab itu kita lihat kebanyakan masjid kosong saja bila waktu solat, lebih-lebih lagi solat subuh, mereka tidak tahu kehebatan umat Islam akan terserlah dan akan digeruni oleh bangsa Yahudi bila jemaah solat subuh seramai solat jumaat.


Ustaz Rashidy sedang menyampaikan kuliah subuh


Bila saya mendengar ceramah ustaz semasa Program Tafaquh Ilmi tahun lepas di Seri Malaysia Larkin, saya sudah memasang niat suatu hari saya akan membawa Ustaz Rasidy ke Masjid Abu Hurairah, saya bersyukur kehadrat Ilahi hajat saya dimakbul oleh Allah swt, walaupun pada perancangannya pihak Jabatan Mufti bersetuju untuk menghantar Ustaz Rashidy semasa solat maghrib, tapi perancangan kita tidak sama dengan perancangan ALlah, tetapi saya sanngat bersyukur kerana dapat juga Ustaz datang ke masjid kami, insyaallah lain kali kami akan jemput lagi.

CIQ/KSAB.
Subuh 24 Julai 2010.

0 comments: