Thursday, February 25, 2010

MENGHAYATI SUNNAH RASULULLAH SAW MENYELAMATKAN UMMAH



Junjungan kita Nabi Muhammad saw telah meninggalkan kita 1421 yang lampau, namun Baginda terus dingati dan syariat yang dibawa sentiasa dijunjung oleh ummah yang ingin selamat hidup di dunia dan di akhirat.

Rasulullah SAW tidak meninggalkan kita harta yang melimpah, emas yang bergunung tetapi yang ditinggalkan kita ialah dua KHAZANAH yang tidak ternilai harganya untuk kita amal dan hayati di dunia ini iaitu Kalamullah[al-Quran] dan Hadis [Sunnah], sekiranya kita umat Islam menjadikan kedua-dua khazanah ini sebagai sumber rujukan naschaya kita sentiasa berada dalam perlindungan Allah SWT, namun hikakatnya kedua-dua harta yang ditinggalkan ini sudah ditinggalkan oleh umat Islam, mereka tidak beramal dengan al-Quran dan as-Sunnah dalam kehidupan ini.

Semoga dengan semangat sambutan Maulidur Rasul yang kita sambut pada hari ini[12 Rabiul Awal 1431H bersamaan 26 Februari 2010M], kedua-dua harta peninggalan Baginda Rasulullah SAW ini kita dapat amalkan dan hayati dalam segenap kehidupan kita.

MERTABATKAN SYARIAT ALLAH DAN AMALKAN SUNNAH RASULULLAH SAW DI BUMI ALLAH YANG SEMENTARA INI.

MOKTHAR/CIA/KSAB.
JUMAAT/12 RABIULAWAL 1431H.

0 comments: