Saturday, April 17, 2010

SAMBUTAN MAULID AR-RASUL 1431H/2010M

MEMANTAPKAN UKHUWAH DAN MEMPERKASAKAN UMMAH

Barisan AJK Masjid Segak Baju Seragam Mengetuai Perarakan Pada Tahun ini.



Segak Bergaya Kontigen Perarakan SMKKSAB 2010



Kontigen Perarakan SMKKSAB Semasa Diperkarangan Masjid Abu Hurairah

Pada hari sabtu, 10 April 1341H bersamaan 25 Rabiulakhir 1431H,pihak Taskforce KSAB bersama AJK Masjid Abu Hurairah, KSAB telah mengadakan sambutan Maulid Ar-Rasul bertempat di Masjid Abu Hurairah KSAB, program ini merupakan program tahunan bagi penduduk KSAB sejak awal penempatan KSAB lagi,

Program ini disambut secara besar-besaran yang disertai oleh semua Jabatan yang berada di KSAB, sambutan dari masyarakat sangatlah menggalakkan sehingga Nasi Beraini yang disediakan tidak mencukupi, tidak pernah berlaku keadaan ini, beberapa kemungkinan, samaada kehadiran masyarakat melebihi dari biasa atau hadirin yang hadir tersangat lapar kerana dari pagi hanya berbekalkan dua keping kuih sahaja jam 12.00 tengahari baru dapat makan, walaubagaimana pun hadirin merasa puas dalam majlis kali ini.

Penceramah yang diundang ialah Al-Fadhil Sahibul Fadilah Ustaz Haji Abdul Mutalib bin Haji Abdul Rahim, Qadi Daerah Segamat, beliau menekankan AKHLAK ummah Islam sekarang ini yang sudah jauh dari Sunnah Baginda Rasulullah SAW, Utusan NAbi Muhammad SAW adalah satu PAKEJ yang membawa rahmat ke seluruh Alam. Keadaan kacau bilau wujud kerana UMMAH Islam hari ini sudah meninggalkan Sunnah dalam kehidupan seharian mereka, mereka bertuhankan hawa nafsu, meninggalkan perintah Allah SWT dan maksiat berlaku secara berluas-luasa dalam masyarakat.

HARAPAN, SEMOGA NASIHAT DAN PERINGATAN YANG DISAMPAIKAN DAPAT SEDIKIT SEBANYAK MENYEDARKAN UMMAH KEARAH KEBAIKAN "

"AMALKAN MAAROF DAN NAHI MUNGKAR" dalam kehidupan ini,
SEMOGA ISLAM BERADA PADA TEMPATNYA

Ust Mokthar.
MOS/CIQ 17 April 2010.

0 comments: